Polis siasat Neelofa, Abby Abadi, didakwa langgar SOP ziarah raya tempoh PKP

A
A
A

HARI Raya Aidilfitri yang jatuh pada 13 Mei lalu diraikan dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

Ramai yang sanggup berkorban memendam rasa akur dengan prosedur standard operasi (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pada 10 Mei lalu ziarah rumah ke rumah dan ziarah kubur semasa sambutan Aidilfitri adalah tidak dibenarkan.

Pun begitu, kontroversi mengenai ziarah raya timbul susulan tindakan selebriti Abby Abadi berkongsi foto beraya bersama keluarga 'besarnya' dalam laman sosial Instagram.

Baca juga Dilarang Ziarah Aidilfitri, Muncul Pula Trend Beraya Di Mall

Tindakan itu dikatakan seolah-olah mencabar SOP yang ditetapkan kerajaan.

Masakan tidak, foto yang tular dalam media sosial itu menunjukkan selebriti terbabit menyambut hari raya bersama beberapa individu disyaki tidak tinggal serumah.

Kejadian membabitkan keseluruhan 13 orang itu didakwa berlangsung di sebuah kediaman di Hulu Kelang.

Susulan daripada itu polis sudah mengambil keterangan lima individu termasuk pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi ekoran dakwaan melanggar SOP PKP kerana ziarah raya.

Buat masa ini kes masih siasatan.

Sementara itu, pengacara dan usahawan popular, Neelofa turut menjadi perhatian selepas tularnya klip video pendek yang memaparkan kemeriahan sambutan hari raya beliau bersama keluarga.

Video berdurasi 26 saat beserta kapsyen '1 Syawal yang penuh mulia' menyaksikan adik-beradik termasuk suami Neelofa, PU Riz bersalaman dan memeluk ibu bapa.

Perkembangan terbaharu, ahli keluarga Neelofa telah hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields memberikan keterangan bagi membantu siasatan berhubung isu tersebut.

Siasatan awal mendapati video tular terbabit memaparkan ahli keluarga Neelofa berkumpul di sebuah rumah di Pinggir Zaaba, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Diharapkan insiden seumpama ini menjadi teladan dan iktibar untuk kita semua.

Tambahan pula, golongan selebriti seharusnya menjadi contoh terbaik kepada masyarakat. Semoga kes ini dapat diselesaikan segera.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca