Usia 50 tahun bukan penghalang, Naomi Campbell bersalin anak pertama

Iklan
1

SIAPA tidak mengenali supermodel hebat, Naomi Campbell yang sering memperaga jenama-jenama terkenal dunia. Dengan keunikan wajah dan sosok tinggi lampai, tidak hairanlah wanita kelahiran Britain itu mampu bertahan di pentas peragaan lebih tiga dekad.

Lebih mengujakan, model berkulit gelap tersebut berkongsi khabar gembira apabila bergelar ibu pada usianya mencecah 50 tahun. Momen manis dikongsikan wanita berdarah kacukan Tunisia di laman sosial Instagram.

Iklan
Iklan

[caption id="attachment_46858" width="1024"] Naomi Campbell di samping ibunya, Valerie Morris Campbell.[/caption]

Baca juga 10 Tanda Awal Kehamilan Yang Biasa Dan Jarang Berlaku, Ibu  Wajib Ambil Tahu

Iklan

Dalam hantaran tersebut, Campbell menitipkan foto mempamerkan kaki kecil puteri kesayangannya berserta kapsyen yang menggambarkan keterujaannya memiliki anak sulung.

Iklan

Dalam laporan Mirror.com, Campbell kini tinggal bersama pasangannya di Amerika Syarikat (AS) sejak awal tahun lalu ketika negara tersebut melaksanakan perintah berkurung ekoran pandemik Covid-19.

Campbell yang dilahirkan pada 22 Mei 1970 menjalani kehidupan bahagia bersama pasangan sejak awal kehamilan hingga beliau selamat bersalin.

Model yang sering bekerjasama dengan jenama besar seperti Marc Jacobs, Yves Saint Laurent, Chloé, Diane Von Furstenberg, Prada, Chanel, Givenchy dan Dolce & Gabbana itu sudah mula memikirkan tentang pada masa hadapan sehingga memasang impian memiliki sebuah keluarga bahagia.

Malah, ada sumber yang menyatakan sudah 10 tahun model itu menyimpan impian menjadi ibu.

Baca juga Penting Rancang Keluarga, Hamil Apabila Sudah Bersedia Sahaja – Dr Fatin Liyana

Kehamilan bergantung kepada tahap kesuburan wanita walaupun pada usia agak lewat. Cuma bilangan telur wanita yang berkualiti seiring peningkatan usia dan ovari akan berhenti menghasilkan telur apabila terputus haid.

Namun, kehamilan tidak mustahil meskipun sudah berusia kerana terdapat segelintir wanita 'usia senja' berpeluang hamil dan melahirkan anak dengan selamat.

Pun begitu, semakin meningkat usia wanita, kualiti dan kuantiti telur di dalam ovari mula berkurangan.

Kehamilan pada usia melepasi 40 tahun juga berisiko dengan pelbagai kemungkinan. Satu daripada 1,000 ibu berusia 40 tahun berisiko memiliki anak sindrom Down.

Bukan itu sahaja, kehamilan lewat usia juga boleh menyebabkan bayi mengalami pertumbuhan terbantut, tidak normal, keguguran, kandungan kembar, kandungan meninggal di dalam rahim, baby pramatang atau bayi lahir dengan berat badan lebih ringan daripada sepatutnya. Risiko bayi lemas dalam rahim juga meningkat.

Sumber: mirror.com