Tragis! Anjing jalanan makan mayat terapung di sungai

Iklan
anjing

BARU-BARU ini tular menerusi media sosial sekumpulan anjing jalanan memakan cebisan daging mayat di tebing Sungai Bhagirathi di bandar Uttarkashi, Uttarakhand, India.

Mayat-mayat separuh terbakar tersebut dipercayai pesakit yang meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19.

Iklan
Iklan

Artikel berkaitan6 Punca Wabak Covid-19 Di India Semakin Mengganas

Perkara itu turut diakui oleh masyarakat tempatan yang berada di kawasan kejadian.

Iklan

"Ketika sedang melukis di sungai saya ternampak anjing-anjing jalanan memakan cebisan daging mayat yang terapung.

Iklan

Sementara itu, Telegraphindia.com pula menyatakan penduduk tempatan mendakwa sejumlah mayat yang separuh terbakar terbabit terpaksa dihanyutkan ke sungai.

[caption id="attachment_48220" width="1024"] SUNGAI Bhagirathi di bandar Uttarkashi, Uttarakhand, India menjadi pilihan terakhir penduduk setempat menghanyutkan mayat -mayat yang telah separuh terbakar.[/caption]

Artikel berkaitanIndia Covid-19: Doktor Muda Bunuh Diri, Stres Pesakit Positif Terus Meningkat

Pun begitu, paras air sungai meningkat ekoran hujan lebat sejak kebelakangan, sekali gus menyebabkan mayat-mayat itu terapung sehingga menjadi 'makanan' anjing jalanan.

[caption id="attachment_48219" width="1024"] TULAR menerusi media sosial sekumpulan anjing jalanan memakan cebisan daging dipercayai mayat pesakit Covid-19 di tebing Sungai Bhagirathi di bandar Uttarkashi, Uttarakhand, India.[/caption]

Melihat insiden sedemikian, sebahagian besar penduduk menzahirkan kebimbangan sekiranya air sungai yang dicemari akan mengakibatkan penularan wabak Covid-19.

Dalam pada itu, Presiden Majlis Perbandaran Nagar Palike, Ramesh Semwal mengesahkan mengenai situasi berkenaan selepas menerima aduan daripada orang ramai.

Difahamkan, tindakan menghanyutkan mayat ke sungai berpunca apabila keluarga tidak berkemampuan mencari tapak untuk menyempurnakan mayat yang maut kerana Covid-19.

Artikel berkaitanCovid-19: Bekalan Oksigen Pesakit Di India Semakin Berkurang, Pihak Hospital Tagih Simpati Penduduk Dunia