Pesakit hidap diabetes selepas dijangkiti Covid-19. Ini penjelasan pakar penyelidik AS

Iklan
Pesakit hidap diabetes selepas dijangkiti Covid-19. Ini penjelasan pakar penyelidik AS

SECARA umum, diabetes merupakan penyakit kencing manis. Namun begitu, ia juga merujuk pada kandungan gula yang tinggi dalam darah.

Biasanya diabetes berpunca daripada faktor-faktor genetik dan persekitaran, tetapi satu kajian dijalankan menemui jawapan baharu.

Iklan
Iklan

Sebahagian besar individu yang pulih bebas tanpa masalah kesihatan lain untuk jangka panjang, tetapi para doktor mendapati sebilangan kecil pesakit terpaksa hidup dengan diabetes selepas dijangkiti Covid-19.

Iklan

Hasil penyelidikan baharu berkenaan menunjukkan virus itu memusnahkan sel-sel tertentu yang berfungsi mencegah diabetes.

Berikutan penemuan tersebut kumpulan saintis kini berlumba-lumba mengenal pasti cara terbaik untuk mencegah perkara sedemikian berlaku dalam kalangan pesakit Covid-19.

Iklan

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit memaklumkan, kira-kira 1.5 juta orang rakyat di Negara Uncle Sam terbabit didiagnosis menghidap diabetes setiap tahun. Majoritinya menderita diabetes jenis 1.

Menurut Pengarah Institut Kesihatan Nasional, Dr Francis Collins kajian makmal menunjukkan virus Covid-19 berpotensi menjangkiti sel beta manusia.

Sementara itu, penyelidikan kendalian Stanford University School of Medicine dan Weill Cornell Medicine turut mengesahkan kaitan antara Covid-19 dan diabetes.

Berdasarkan autopsi sampel orang yang meninggal dunia akibat Covid-19 mendapati, selain menjangkiti sel beta pankreas dan mengurangkan rembesan insulin virus jahat berkenaan juga menyebabkan berlakunya diabetes jenis 1.

Apabila sel-sel pankreas yang membuat insulin rosak secara tidak langsung ia akan menurunkan kadar insulin lalu menjadikan gula tinggi dan penyebab diabetes jenis 1.

Selepas menyerang sel-sel berubah menjadi pelbagai jenis sel dengan ekspresi insulin yang lebih rendah

Implikasinya pesakit berpotensi bergantung pada ubat diabetes seperti insulin selepas pulih daripada Covid-19.

Bagaimanapun, ia baru peringkat awal penyelidikan. Kajian lanjut masih dijalankan untuk memahami bagaimana Covid-19 mampu menyerang sel pankreas dan apakah peranan sistem kekebalan dalaman tubuh pada kerosakan yang berlaku.

Selain itu terdapat empat jenis diabetes lain antaranya:

1. Diabetes Mellitus (Kencing Manis)

Penyakit diabetes mellitus adalah satu keadaan yang mana paras glukos (gula) adalah tinggi dalam darah disebabkan kekurangan atau kurang keberkesanan insulin.

Keadaan itu disebabkan kurang hormon insulin yang dihasilkan oleh organ pankreas.

Insulin mengawal keseimbangan glukos dalam badan dengan membantu pergerakan glukos dari darah ke dalam sel.

Sekiranya korang mengalami diabetes mellitus, glukos tidak boleh masuk ke dalam sel. Ia kekal di dalam darah dan menyebabkan paras glukos yang tinggi.

Terdapat dua jenis diabetes mellitus;

  • Diabetes mellitus jenis 1
  • Diabetes mellitus jenis 2
  • Diabetes mellitus jenis 1 selalu terjadi dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.

2. Diabetes Mellitus jenis 2

Ia merupakan kondisi hampir serupa dengan diabetes mellitus jenis 1, namun berlaku dalam kalangan orang

dewasa yang sebelumnya tidak mempunyai sebarang masalah kencing manis.

3. Diabetes semasa hamil (Gestational Diabetes)

Ia adalah masalah kandungan gula tinggi dalam darah yang berlaku ketika wanita hamil walaupun sebelum ini tidak mengalami diabetes mellitus jenis 1 atau 2.

Kondisi berkenaan berlaku disebabkan reaksi insulin terhadap hormon-hormon yang dihasilkan oleh uri ketika tempoh kehamilan.

Baca juga Tak sangka poligami punca risiko kanser pangkal rahim. Suami ambil perhatian, jangan tuding jari pada isteri sahaja

4. Diabetes Insipidus

Diabetes Insipidus merupakan penyakit yang menyebabkan seseorang itu membuang air kecil melebihi tiga liter sehari.

Salah satu simptom pesakit akan berasa haus walaupun telah minum air dalam kuantiti yang banyak.

Sumber: Tribunnews dan www.myhealth.gov.my