30 saat berada di dalam perut paus. Lelaki kongsi detik cemas ditelan, dimuntahkan semula

Iklan
paus

"SAYA dapat rasakan berada di dalam perut dan paus sedang menelan saya."

Berikut merupakan detik cemas dialami oleh seorang pencari udang galah di Massachusetts, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Menurut Michael Packard yang berusia 56 tahun, sebelum kejadian beliau sedang mengutip udang galah yang dipancingnya di perairan Provincetown, AS.

Iklan

[caption id="attachment_49456" width="615"] PACKARD menunjukkan antara udang galah hasil yang dipancingnya. [/caption]

Pada mulanya, Packard menyangka menjadi 'makanan' ikan jerung putih, tetapi berasa pelik kerana tidak merasai kesakitan digigit gigi tajam. Rupa-rupanya beliau ditelan humpback whale atau paus kelasa.

Iklan

"Sepanjang tempoh itu, saya hanya memikirkan isteri dan anak-anak serta beranggapan okey...tiba masanya saya mati," kongsi beliau seperti dipetik Dailystar.co.

[caption id="attachment_49457" width="615"] GARA-GARA gagal menelan paus kelasa terus memuntahkan ke udara sebelum Packard jatuh dan terapung di perairan Provincetown, AS.[/caption]

Pun begitu, bak peribahasa lama 'berpantang maut sebelum ajal' umur Packard masih panjang walaupun berdepan detik yang hampir meragut nyawanya.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Hampir ‘Ditelan’ Ikan Paus Ketika Berkayak, Awas Penggemar Aktiviti Sukan Laut!

Dalam kiraan 30 saat kerana gagal menelannya paus terbabit terus memuntahkan Packard.

Pengalaman pahit menimpa lelaki tersebut disaksikan oleh rakannya, Josiah Mayo yang berada di atas bot.

[caption id="attachment_49458" width="615"] PACKARD dilaporkan berada dalam keadaan baik cuma mengalami kerosakan tisu lembut pada bahagian kaki.[/caption]

Beliau segera menarik Packard yang terapung di atas air sementara menunggu bantuan daripada pasukan penyelamat Provincetown dan dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut.