TAHUKAH anda, ikan paus merupakan mamalia yang terbesar pernah direkodkan di dunia dan ia juga merupakan haiwan paling besar di atas muka bumi.

Jika kita tidak pernah melihat secara dekat, agak sukar untuk kita membayangkan betapa besarnya haiwan gergasi ini.

Lidahnya sahaja didakwa mampu mencapai saiz seekor gajah dan mulutnya mampu memuatkan 400 hingga 500 orang jika ia membuka mulut.

Cukup besar bukan? Pernah atau tidak korang yang gemar melakukan aktiviti laut seperti berkayak, menaiki jetski atau menaiki kapal memancing di lautan dalam terfikir bakal berhadapan dengan haiwan gergasi tersebut? Pasti korang tidak pernah menjangka ia akan berlaku bukan?

Ya! Namun ia tidak mustahil, dua individu di Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini telah berdepan pengalaman yang mungkin tidak akan dilupakan seumur hidup apabila mereka hampir ‘ditelan’ ikan paus yang dipercayai spesis kelasa.

Memetik laporan CNN, kejadian itu berlaku berhampiran Pantai Avila ketika dua individu yang dikenali sebagai Julie McSorley dan Liz Cottriel menaiki kayak untuk meninjau kehidupan mamalia itu di perairan berkenaan.

[VIDEO] Hampir ‘ditelan’ ikan paus ketika berkayak, awas penggemar aktiviti sukan laut!

Detik cemas mereka berjaya dirakam saksi kejadian dan video menunjukkan kayak dinaiki mereka hampir ditelan mamalia antara yang terbesar di dunia itu kini tular laman sosial.

Menerusi video tersebut, ketika kejadian, ikan paus itu secara tiba-tiba dilihat muncul dari dalam laut timbul ke permukaan air sehingga menyebabkan kayak dinaiki dua individu itu terbalik sebaik sahaja haiwan gergasi itu membuka mulut.

Iklan

Akibatnya kedua-dua wanita itu berserta bot kayak mereka masuk ke dalam mulut paus berkenaan sebelum dikeluarkan semula sebaik paus itu masuk ke dalam air.

Menurut McSorley, sebelum itu, mereka memutuskan untuk mendekati paus terbabit dengan lebih dekat.

“Saya lihat ikan paus itu muncul di permukaan air dan terfikir ia terlalu hampir dengan kami.

“Tiba-tiba, saya tercampak dari kayak dan kami sudah berada dalam air,” katanya kepada CNN.

Katanya, pada mulanya dia merasakan mereka akan mati memandangkan saiz mamalia itu sangat besar.

Iklan

Bagaimanapun, kedua-duanya bernasib baik apabila terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Ia memberi pengajaran bahawa ikan paus juga mahukan ruang,” katanya.

Akibat rakaman berdurasi 26 saat luar biasa yang kini semakin tular itu telah mengundang pelbagai reaksi daripada warganet malahan rata-rata daripada mereka menjadi seram untuk membuat aktiviti di laut.

https://youtu.be/Ng6jvALj8EI