PERNAH atau tidak ibu-ibu atau kita sendiri membasuh kain menggunakan mesin automatik, tetapi pakaian masih berbau hapak?
Sudah pelbagai cara dicuba bagi mengatasi bau itu, antaranya menggunakan pewangi atau pelembut pakaian, namun, pakaian masih mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
Bukan itu sahaja, ditambah pula dengan habuk atau kerak-kerak hitam yang masih melekat.
Sebenarnya, jika anda semua ingin tahu, itulah 'signal' daripada mesin basuh yang menunjukkan peralatan itu perlu dicuci.
Melalui satu perkongsian di Facebook Ika Hazman baru-baru ini, beliau berkongsi kaedah mudah mengatasi segala masalah tersebut dengan mudah.
"Ya, mesin basuh pun kena basuh walaupun kerjanya membasuh baju setiap hari.
Berikut proses mencuci mesin basuh menurut perkongsian beliau:
1. Tekan ON
2. Pilih dan tekan program SOAK atau TUBE CLEANING. Kemudian, tekan START.
3. Apabila mesin sudah mula mengisi air sehingga tub hampir penuh, masukkan CUKA dan SODA BIKARBONAT.
"Selepas itu, tutup bahagian atas mesin basuh dan biarkan sehingga proses itu selesai.
Jadi, apa lagi, bolehlah cuba, seelok-eloknya lakukan dua bulan sekali agar mesin basuh kita dapat berfungsi seoptimum mungkin.
Baca juga: Elak cuci tudung guna mesin basuh, ikuti 5 langkah mudah ini
Tidak mustahil juga mesin basuh di rumah akan rosak kerana sudah terlalu banyak habuk dan kotoran yang terkumpul.
Baca juga: Pakaian anak bernajis, boleh ke terus basuh guna mesin?
Oleh itu, boleh amalkan tip di atas agar mesin basuh sentiasa bersih dan tidak cepat rosak. Semoga bermanfaat!