Berlari di atas trek MRT, pelancong tanpa pakaian ditahan polis

Iklan
Untitled design (8)

SEORANG lelaki yang juga pelancong ditahan oleh pihak berkuasa selepas didapati menceroboh dan berlari di trek Transit Aliran Metro (MRT) di Manila, Filipina baru-baru ini.

Menurut Pengurus Besar dan Setiausaha Pengangkutan, Eymard Eje, lelaki terbabit bertindak melarikan diri ke arah trek keretapi ketika pemeriksaan anggota keselamatan dilakukan ke atasnya.

Iklan
Iklan

"Sekitar pukul 5.35 pagi (waktu tempatan), dia secara tiba-tiba menanggalkan pakaiannya dan berlari di atas laluaan trek MRT Stasen Show Boulevard.

"10 minit kemudian, dia kemudiannya ditahan dan disoal siasat oleh pihak polis dari Balai Mandaluyong," kata beliau.

Iklan

Identiti lelaki terbabit bagaimanapun tidak didedahkan termasuk punca bertindak sedemikian di tempat khalayak awam.

Insiden tersebut turut mengundang pelbagai reaksi lebih-lebih lagi apabila video tindakan lelaki itu tular di media sosial.

Iklan

"Keadaan sekarang ini ramai yang hilang akal sehinggakan bertindak melulu. Pihak berkuasa perlu lebih serius menangani hal ini," jelasnya di media sosial.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram