WALAUPUN sentiasa sibuk dengan hal pentadbiran negara, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri masih berkesempatan meluangkan bersama rakyat.
Jadual waktunya tentu padat, namun tidak menghalang beliau bertegur sapa dengan orang ramai.
Dalam perkembangan terbaru, Ismail Sabri dilihat berbual dengan dua kanak-kanak bersama bapa di sebuah kawasan rehat dan rawat.
Baca juga: Mula Kerjaya Sebagai Peguam Di Usia 25 Tahun, Kini PM Ke 9 Malaysia
‘Ternampak dua anak kecil ini sedang makan nasi lemak bersama bapa mereka di R&R Lekas.
"Teruja melihat telatah mereka yang comel dan petah berkata-kata,” tulisnya.
Baca juga: Jam Tangan Celoreng Perdana Menteri Raih Perhatian Ramai, Rupanya Jenama Submarine
Dalam pertemuan yang singkat, dua kanak-kanak berkenaan bertuah itu sempat merakamkan foto bersama dengan beliau untuk kenang-kenangan.
Menjengah ke ruangan komen, warganet rata-rata memuji tindakan Perdana Menteri yang prihatin dan berjiwa rakyat.
-"PM macam inilah yang rakyat suka...mesra rakyat..ambil tahu masalah rakyat ..saya sayang PM sekarang..
-"PM yang paling sempoi.”
-"Untungnya dapat jumpa Datuk Sri Ismail Sabri.”
-"Turun Padang selalu jumpa rakyat.. Well Done Bapa Keluarga Malaysia.”
Sumber: @ismailsabri60