JIKA wanita menggemari barang kemas sebagai aksesori, lelaki pula lazimnya menjadikan jam tangan sebagai pelengkap gaya.

Baru-baru ini jam tangan yang dipakai Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi perhatian ramai.

Jam tangan digital bertali getah itu digayakan beliau semasa lawatan saya ke Eksesais PARA PREDATOR Siri 1/2021 di kawasan am Bera, Pahang pada 31 Ogos lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ismailsabri60 (@ismailsabri60)

Ramai yang meneka jam berkenaan adalah dari jenama Casio. Namun melalui penelitian SinarPlus, jam tersebut ialah model Submarine TP1328 keluaran eksklusif edisi terhad.

Jam yang diimport dari Amerika Syarikat itu dari koleksi dengan celoreng digital Tentera Darat Malaysia.

Menurut wakil pengedar tunggalnya di Malaysia, Submarine Professional Time, Jeffri Mansor pihaknya mengedarkan pelbagai model dengan celoreng yang bersesuaian dengan tema pasukan badan beruniform yang berkhidmat di negara ini.

Jam di sebelah kiri adalah yang dipakai oleh Perdana Menteri sehingga mendapat tumpuan ramai baru-baru ini.

Antaranya ialah Tentera Laut Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia.

Dari awal operasi Submarine Professional Time pada tahun 2017 sehingga kini, jika dihitung sudah lebih 50 model dijual dengan harga mampu milik iaitu sekitar RM199 hingga RM369.

Rata-rata pembeli mendapatkannya kerana ciri tahan lasak selain corak dan logo yang eksklusif.

Iklan

Antara model jam tangan Submarine edisi terhad.

Setiap model diperbuat menggunakan 100 peratus material getah, kalis air 30 meter, mempunyai paparan tarikh, hari dan lampu. Malah setiap utas dilengkapi jaminan setahun.

Sebagai edisi terhad dengan logo dan celoreng, ia sekali gus menjadikan jam tangan Submarine rebutan ramai petugas dalam cabang perkhidmatan badan beruniform di negara ini.

Jeffri sendiri pernah berkhidmat dalam ketenteraan. Beliau merupakan pesara yang pernah mencurahkan bakti sebagai Pegawai Waran 1, Tentera Laut Diraja Malaysia dan menjadi pemandu rasmi Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah semasa menjadi Yang di-Pertuan Agong yang ke-13.

Justeru, tidak hairanlah beliau yang sudah sebati dengan dunia ketenteraan. Hasratnya  ialah untuk meluaskan produk kepada barangan taktikal yang lain pada masa hadapan.

Pelbagai model jam Submarine cukup menawan, reka bentuk terkini, mempunyai ciri praktikal buat petugas badan beruniform dan tahan lasak.

Iklan
Jeffri disamping isterinya.

Baca juga On Duty Stylist Perdana Menteri, Jovian Mandagie Menata Gaya Ibu Bapa Mertua

Baru-baru ini jam tangan yang dipakai Perdana Menteri itu menjadi perhatian pelakon, Datuk Aaron Aziz hingga memuatnaiknya di laman sosial Instagram.

Berbicara tentang jam tangan, tidak sekadar pemberitahu masa, bahkan berfungsi sebagai aksesori pelengkap gaya yang menyerlahkan karakter pemakai.