[VIDEO]Kena 'jerit' jika lambat, menantu terpaksa bangun 4 pagi setiap hari

Iklan
05

SETIAP wanita yang telah mendirikan rumah tangga pasti memiliki pelbagai koleksi kisah menarik untuk dikongsikan tentang perihal hubungan bersama ibu mentua.

Sesetengah antara kita acap kali diusik dengan perkara itu terutama selepas meraikan perayaan mahupun acara tertentu bersama ahli keluarga besan.

Iklan
Iklan

Menerusi perkongsian video di TikTok miliknya @ririnsitumorang1, kelihatan dia sedang bangun daripada tidurnya.

Iklan

Namun apa yang mengejutkan apabila turut kedengaran suara wanita difahamkan mentuanya menjerit dan marah-marah dalam rumah.

Tulisnya di ruangan kapsyen,"nasib duduk serumah bersama mentua, perlu bangun 4 pagi. Kalau dia bangun dulu, dirinya akan dimarahi.

Iklan

Ternyata video tersebut mencuri tumpuan ramai warga maya dan sehingga kini telah meraih lima juta tontonan di aplikasi berkenaan.

Menjengah ruangan komen mendapati rata-rata warganet bersimpati dengan wanita itu dan ada yang berkongsi melalui pengalaman yang sama.

Kata mereka;

Aduhai, kesian pula tengok kena jerit dan terpaksa bangun pagi. Lain orang, lain ragamnya kan? Bersyukurlah buat korang yang dikurniakan mentua yang baik.