'Pulangkan' semula sampah dibuang pemandu BMW, tindakan wanita ini dipuji warganet

Iklan
Untitled design (2)

MEMBUANG sampah keluar dari kenderaan adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan.

Baru-baru ini tular video yang memaparkan seorang wanita memulangkan kembali sampah yang dibuang pemandu sebuah kenderaan mewah.

Iklan
Iklan

Menurut wanita berkenaan yang dikenali pengguna TikTok @sitisitieliza, pemandu kereta jenama BMW itu membuang sampah keluar dari kenderaan sebanyak dua kali.

Iklan

Video berkenaan didapati meraih 1.3 juta tontonan dan 93,000 tanda suka.

Iklan

Rata-rata warga maya memuji dan menyatakan sokongan terhadap tindakan wanita itu.

 

 

 

Awal Januari lalu tular di media sosial tindakan wanita melontar sampah keluar dari kenderaan yang dipercayai berlaku di Kelantan.

Jabatan Pengangkutan Jalan Perbuatan menjelaskan perbuatan membuang sampah keluar daripada kenderaan menyalahi Kaedah 52 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 dan pelaku boleh diambil tindakan menurut Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Baca juga:"Disangka Aiskrim Rupanya…”Cecair Pelbagai Warna Dalam Plastik Jentik Hati Warga Maya

Baca juga: Gorila Pernah Viral Kerana Swafoto, Mati Dalam Pelukan Penjaga

Sumber: TikTok @sitisitieliza