MASALAH rambut gugur sering dikaitkan dengan wanita. Lihat sahaja lambakkan iklan di kaca teleisyen yang turut mengaitkan masalah tersebut dengan golongan Hawa.
Namun, sedarkah bahawa perkara tersebut turut dialami oleh golongan lelaki seiring dengan peningkatan usia.
[caption id="attachment_63417" width="800"] TEKANAN atau stres antara punca berlakunya keguguran rambut.[/caption]
Mungkin masalah tersebut tidak terlalu ketawa seperti wanita kerana lelaki tidak mempunyai masalah untuk membotakkan kepala sekiranya mengalami masalah rambut.
Terdapat pelbagai punca yang boleh dikaitkan dengan perkara ini. Antaranya penipisan rambut secara berperingkat disebabkan peningkatan umur.
Gangguan lebihan vitamin A juga dipercayai antara punca hal ini boleh terjadi.
Bagi mengetahui lebih lanjut, jom semak lima punca rambut gugur dan kenali kaedah rawatan bagi mencegah agar tidak berulang:
[caption id="attachment_63415" width="800"] MASALAH rambut gugur turut dialami oleh kaum Adam.[/caption]
Punca
1. Tekanan
Setiap daripada kita mempunyai masalah dalam hidup masing-masing. Sama ada melibatkan hal kerja, kewangan, keluarga atau apa sahaja isu yang boleh menyebabkan tekanan lebih-lebih lagi gangguan emosi.
Berbeza dengan tekanan fizikal, masalah emosi dipercayai akan memudaratkan diri termasuk menyebabkan lebih banyak rambut gugur.
2. Kurang protein
Pengambilan protein bukan sahaja baik untuk individu yang ingin membina otot badan. Tetapi, kandungan enzim dan hormon yang ada dalam protein turut dikatakan mampu memelihara sistem imun, mengekalkan tenaga dan stamina.
Tidak hanya itu, kekurangan protein dalam diet pemakanan turut dikhuatiri akan menyebabkan proses pertumbuhan rambut perlahan atau berhenti.
3. Gaya berlebihan
Memastikan diri sentiasa berada dalam landasan trend semasa agak memenatkan dan memerlukan pengorbanan tenaga dan wang ringgit.
Begitu juga dengan penggayaan rambut yang menggunakan bahan kimia terlalu tinggi atau kerap. Tidak salah untuk melakukan rawatan rambut atau ingin menggayakan, tetapi harus diingat kesan dikemudian hari.
4. Penuaan
Situasi ini tidak dapat dielakkan oleh sesiapa. Seiring dengan peningkatan usia, kemampuan, tenaga dan tahap kesihatan tubuh turun akan terkesan.
Tidak mengira sama ada lelaki atau wanita, apabila sampai satu masa hal ini pasti akan berlaku.
5. Masalah Hypothyroidism
Gangguan Hypothyroidism dipercayai berpunca akibat perubatan kelenjar tiroid yang tidak aktif. Kelenjar tersebut berada di bahagian leher.
Fungsinya bagi memastikan kadar metabolisme. Disebabkan itu, jika seseorang mengalami masalah Hypothyroidism, mereka akan berhadapan dengan masalah keguguran rambut.
Kaedah rawatan
[caption id="attachment_63413" width="800"] DAPATKAN nasihat pakar sekiranya mengalami masalah rambut gugur berterusan.[/caption]
1. Rawatan
Sekiranya hal ini berlanjutan, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah hentikan segala penggunaan sebarang produk dan terus mendapatkan nasihat daripada pakar. Setelah mengenalpasti masalah yang dihadapi, doktor akan menasihatkan tentang kaedah rawatan sesuai termasuk cara mengatasinya.
2. Anti kulat
Jangkitan kulat pada bahagian rambut turut dipercayai mampu mengakibatkan rambut gugur. Oleh itu, cuba dapatkan ubat anti kulat bagi mencegah masalah tersebut.
3. Bahan semula jadi
Sejak zaman turut temurun, penggunaan minyak kelapa dikatakan bahan semula jadi yang paling mujarab bagi merawat masalah rambut. Kandungan nutrisi minyak kelapa juga boleh melebatkan, mengilatkan dan mencegah rambut gugur. Caranya lumur minyak kelapa pada rambut sehingga mengenai kulit kepala. Urut seketika dan bilas dengan air bersih. Amalkan beberapa kali dan lihat hasilnya.
Selain minyak kelapa, lidah buaya juga bagus untuk mengekalkan kesihatan rambut. Selain baik untuk mengekalkan kelembapan kulit badan, ia juga bagus untuk rambut. Caranya, potong pokok lidah buaya dan ambil lendirnya kemudian lumurkan pada rambut. Sapukan sehingga rata dan urut perlahan-lahan sebelum membilas dengan air.
Daun inai juga mampu memainkan peranan yang sama pada rambut. Caranya dengan ambil segenggam daun inai untuk ditumbuk lumat dan campur dengan sedikit air untuk dijadikan pes. Kemudian, ratakan di bahagian rambut dan kemudian biarkan selama tiga jam. Seterusnya bilas dengan air bersih dan juga lakukan kaedah ini sebanyak dua kali seminggu.
Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram