FATIMAH Omar Mukhlis, 7, kanak-kanak Malaysia yang berada di United Kingdom popular di laman sosial Instagram susulan kepetahannya.
Semalam SinarPlus melaporkan Fatimah mengalami jangkitan kuman sehingga dimasukkan ke sebuah hospital kanak-kanak.
Baca juga: "Tolong Doakan Fatimah…” Sukar Bernafas, Oksigen Menurun, Doktor Sahkan Jangkitan Kuman
[caption id="attachment_64679" width="670"] Fatimah bersama adiknya, Ali dan ibu saudara dikenali sebagai Dr Auntie.[/caption]
Fatimah mengalami gejala sakit dada, sukar bernafas, muntah di samping penurunan paras oksigen dalam darah.
Dalam perkembangan terkini, keadaan si kecil itu sudah stabil tetapi masih di dalam pemantauan. Malah penggunaan mesin nebulizer juga dihentikan.
Ujian saringan Covid-19 juga menunjukkan keputusan negatif.
Fatimah yang sebelum ini kelihatan pucat dan tidak bermaya kerana muntah tanpa henti kini mula mengambil makanan.
Terdahulu hanya boleh meminum air, Fatimah kini sudah mengambil makanan berupa sandwic untuk mengalas perut.
Sementara itu, si adik iaitu Ali, 6, yang turut dipanggil kembar Fatimah resah dan menyatakan kebimbangan.
Kata ibu saudara mereka, Dr Auntie, Fatimah dan Ali sangat akrab.
"Ketika Fatimah mengalami kesukaran bernafas, Ali, juga mengalami masa yang sukar!
"Bayangkan seorang budak lelaki berusia enam tahun yang hidupnya begitu terikat dengan kakaknya, melihat adik kesayangannya dalam kesakitan yang amat sangat. Walaupun saya risaukan Fatimah, saya juga risaukan Ali!
"Di rumah pagi itu, ketika Fatimah bergelut kesakitan, Ali duduk berhampirannya sambil membaca"Bismillahi tawakkaltu laa hawlawala quwwata illabillah” tanpa henti dan kemudian dia meniup perlahan ke muka kakaknya. Dia mengulangi ini beberapa kali. Dan saya melihat dia berbisik,” katanya.
Ketika Ali ke sekolah, Fatimah dikejarkan ke hospital. Jadi apabila dia pulang ke rumah pada petang itu, Fatimah tiada.
Malah Dr Auntie turut berkongsi Ali sedih apabila Fatimah dimasukkan ke hospital.
"Saya berasa sangat, sangat sedih, dan saya berasa sangat bimbang tentang Fatimah," kata Ali.
Si kecil itu sempat mengirimkan mainan ber untuk Fatimah melalui bapanya sebagai tanda ingatannya buat kanak tersayang.
Dr Auntie meluahkan keakraban dua beradik itu sehingga tidak boleh berpisah.
Warga maya terharu dengan hubungan rapat Fatimah dan Ali.
Tidak ketinggalan, warganet turut mendoakan Fatimah untuk sihat seperti sedia kala.
Aksi Fatimah bersama adiknya, Ali dan abang, Omar Mukhtar sering membuatkan ramai terhibur.
Selain fasih berbahasa Melayu, Fatimah boleh bertutur dalam dalam Bahasa Thai. Paling menarik ialah penguasaan loghat Kelantan.
Sama-sama kita doakan agar Fatimah sembuh segera.
Baca juga: Dr Amalina rangkul anugerah di Britain, Women of Future Awards 2021
Baca juga: [VIDEO]Berucap Guna Bahasa Melayu Di Pentas PBB, Ramai Bangga Tindakan Tuan Ibrahim
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Sumber: Instagram @thefamily.uk