Tinggal anak dalam kenderaan denda RM50,000 atau penjara tak lebih 20 tahun bakal menanti

Iklan
02

MUNGKIN bagi sesetengan individu sudah menjadi perkara biasa tinggalkan anak seketika di dalam kereta untuk beli barang atau singgah di mana-mana kedai.

Nampak seperti perkara remeh namun mengundang pelbagai bahaya sebenarnya!

Iklan
Iklan

Walaupun tingkap dibuka, ia tidak membantu haba untuk mengalir keluar dan strok haba juga tetap boleh menyerang pada bila-bila masa.

Iklan

Malah, sebuah kenyataan mendapati cuaca di Malaysia boleh menyebabkan suhu badan anak boleh meningkat sehingga 70% dalam masa satu jam sahaja.

Iklan

Perkara tersebut dimaklumkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam sebuah hantaran di media sosial Facebook.

Menurut hantaran tersebut, PDRM mengingatkan bahawa kecuaian individu meninggalkan kanak-kanak dalam kenderaan tanpa pengawasan adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Sementara itu ini tiga kes yang pernah berlaku di negara kita;

1. Seorang kanak-kanak perempuan tiga tahun maut selepas lebih dua jam ditinggalkan kepanasan dalam kereta oleh ibunya di tepi jalan rumah di Taman Aman 1, Lahad Datu, Sabah pada 12 Jun 2019.

2. Seorang kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun dan adik lelakinya berusia sembilan bulan terperangkap lebih setengah jam apabila terkunci dalam kereta bapa mereka di Bandar Sunway, Selangor pada 30 November 2018.

Baca juga Keadaan diri semakin gelisah kerana Covid-19, atasi dengan 5 langkah bagi mengurangkannya

3. Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun terperangkap hampir satu jam di dalam kereta bapanya di Parit Nasir, Parit Buntar, Perak selepas tertekan punat kunci pintu di dalam kenderaan itu pada 28 Julai 2017.

Sumber: Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police)