MENEROKA sesuatu yang baru dan rasa ingin tahu yang tinggi adalah antara sifat semula jadi yang dimiliki kanak-kanak.

Justeru, pengawasan daripada ibu bapa atau orang dewasa mustahak bagi mengelakkan perkara tidak diingini.

Dalam satu kejadian di China, kanak-kanak lelaki empat tahun tanpa sengaja mengunci leher ibunya menggunakan pengunci basikal sehingga menyebabkan ibunya terpaksa meminta bantuan di balai polis untuk membuka kunci berkenaan.

Baca juga: Harga Makanan ‘Cekik Darah, Restoran Salt Bae Jual Coke RM51 Setin

Oddity Central melaporkan leher wanita tersebut terkunci kanak-kanak berkenaan terlupa kod untuk membukanya.

Wanita tersebut tiba di balai polis dalam keadaan pengunci tersebut terpasang pada lehernya dan memberitahu anggota polis bahawa si anak sedang bermain alat itu semasa dia sedang membersihkan tandas.

Kanak-kanak lelaki itu tiba-tiba datang memasukkan pengunci berkenaan pada bahagian leher ibu dan kemudian terus menguncinya.

Pada awalnya, dia berasakan bahawa perkara itu lucu kerana pengunci itu adalah miliknya dan dia tahu kod untuk membuka kunci berkenaan.

Gambar hiasan.

Baca juga: [VIDEO] Meremang, Frontliner Terima Panggilan Misteri Rumah Kosong, Rupanya Pesakit…

Bagaimanapun, situasi menjadi cemas apabila anaknya mengatakan telah menukar kod tersebut dan kombinasi nombor untuk membuka pengunci berkenaan tidak dapat dikenalpasti.

Iklan

Pihak polis kemudian menghubungi bomba bagi membuka pengunci berkenaan menggunakan pemotong khas.

“Puan perlu bawa anak ke sini, kami boleh bantu berikan pengajaran kepadanya,” kata salah seorang anggota bomba selepas pengunci berkenaan berjaya ditanggalkan.

Baca juga: Uniknya Kanak-Kanak Ini, Miliki Nama 19 Perkataan, Keluarga Bimbang Tak Dapat Sijil Kelahiran

Iklan

Insiden wanita berkenaan serta video semasa proses pemotongan kunci itu menjadi tular di media sosial China.

Kebanyakan warganet yang memberikan pendapat bahawa ibu bapa perlu mengehadkan batasan kepada anak bagi mengelakkan daripada situasi seumpama itu berulang.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Oddity Central