BOLEH dikatakan kita sudah menghampiri angka dua tahun hidup bergelumang dengan virus Covid-19. Penyakit yang menakutkan apabila menyerang manusia secara tiba-tiba sehingga boleh mengakibatkan maut.

Virus terut menyerang secara global dan ini mungkin mengakibatkan segelintir kita berasa gusar dan tertekan dengan kehidupan sebegitu.

Menurut Pakar Klinik Pusat Psikologi Dubai, Reem Shaheen mengatakan hidup dengan norma baharu secara tidak langsung menyebabkan perasaan bimbang dan khuatir tentang masa depan.

Disebabkan itu, perasaan gelisah dan tertekan mula timbul dan ini sekali gus menjejaskan kualiti hidup setiap hari.

TEKANAN di tempat kerja, kewangan dan hubungan antara punca menyebabkan gangguan emosi semakin teruk.

Bagaimanapun, terdapat lima langkah yang boleh diambil bagi mengelakkan diri daripada mengalami tekanan emosi disebabkan virus Covid-19:

1. Sumber sahih

Di zaman yang serba canggih ini segala informasi diperoleh dengan mudah terutama di media sosial. Bagaimanapun, jangan menerima segala maklumat tanpa usul periksa.

Meskipun konvensional, tetapi dapatkan berita di kaca televisyen, radio atau akhbar dan media sosial yang sahih.

2. Bersenam

Melakukan aktiviti olahraga atau bersenam boleh meningkatkan kadar serotonim dalam badan. Ia juga membantu seseorang untuk berasa lebih gembira dan tenang.

Oleh itu, selain menonton televisyen atau melayan sosial media, baik luangkan waktu dengan bersenam. Membersihkan sekitar kawasan rumah juga boleh menggantikan aktiviti fizikal dan mengeluarkan peluh.

3. Tidur

Kekurangan tidur boleh mengakibatkan seseorang itu berasa cepat marah dan beremosi. Oleh itu, pastikan mendapat rehat dan tidur yang cukup setelah penat bekerja. Tetapkan jadual tidur dan lihatlah hasilnya apabila korang akan berasa lebih cergas dan menyegarkan.

Iklan

4. Luah perasaan

Berkomunikasi dengan individu yang anda disekeling boleh membantu mengurangkan rasa tertekan. Jangan pendam perasaan sendiri kerana bimbang ia akan mendatangkan kemudaratan di kemudian hari.

Bagaimanapun tidak disarankan untuk melempiaskan perasaan marah di media sosial kerana dikhuatiri hal itu akan menyebabkan korang berasa semakin tertekan disebabkan serangan tentera bawang.

5. Muhasabah diri

Iklan

Ambil peluang yang ada ini untuk lebih mengenal diri sendiri. Mempelajari kemahiran baharu atau mendekatkan diri dengan agama.

Selain itu boleh juga mengamalkan kaedah pernafasan dan bertafakur sejenak.

 

Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram