'Bila rasa rindu saya cuma mampu panggil nama' - Coretan Raissuddin 100 hari tanpa Siti Sarah

Iklan
04

KEHILANGAN orang tersayang amat menyedihkan. Hanya sesiapa yang melaluinya akan merasa keperitan itu.

Seperti juga yang dirasai pelakon dan penyanyi, Raissuddin Hamzah yang kehilangan anak perempuan tercintanya, Allahyarham Siti Sarah pada Ogos lalu.

Iklan
Iklan

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di akaun instagram milik Allahyarham, ia menggambarkan betapa perit dan sedihnya perasaannya sebagai seorang bapa.

Iklan

Iklan

Bagaimanapun, Raissuddin berasa sangat syukur apabila cucunya, Uwais mirip seperti wajah arwah sekali gus dapat juga melepaskan rindu pada Sarah.

Baru-baru ini, Shuib dan keluarga mengadakan majlis tahlil bagi menyambut 100 hari pemergian Allahyarham Siti Sarah dan juga upacara akikah serta tahnik untuk anak keempat mereka, Ayash Affan.

Baca juga "Ayyash Senyum Kat Siapa Tu Sayang?"- Ramai Sebak Lihat Foto Anak Allahyarham Siti Sarah

Terdahulu, Allahyarham Siti Sarah Raissudin, 36, menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 5.13 pagi 9 Ogos lalu di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Canselor Tunku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Allahyarham yang mendirikan rumah tangga bersama Shuib atau Shahmira Muhammad pada tahun 2011.

Pasangan itu dikurniakan empat anak iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan berusia 3 bulan.