SEKEPING gambar dikongsikan usahawan dan pelawak Shuib menyentuh hati warga maya.

Pemergian isteri, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pada September lalu akibat Covid-19 menyentuh hati rakyat Malaysia.

Bayi mereka, Ayash Affan yang dilahirkan menerusi pembedahan caesarean tidak sempat merasai kasih sayang ibu.

Beberapa hari lalu genap 100 hari Allahyarham kembali ke rahmatullah.

Shuib melalui laman sosial Instagram memuatnaik gambarnya bersama Ayash di mana bayi kecil itu kelihatan tersenyum ke arah  sisi Shuib.

“Ayash senyum dekat siapa tu sebelah daddy sayang. Alhamdulillah, syukur Ya Allah,” tulis Shuib pada kapsyen.

Kebanyakan warga maya mengatakan bayi itu melihat ke arah ibunya.

Tersentuh dengan perkongsian Shuib, pengguna Facebook dikenali sebagai Bunga Querida menyunting gambar berkenaan dan memasukkan foto Allahyarham Siti Sarah seolah-olah sedang mengagah bayinya.

Terbaca post @shuibsepahtu tadi . Allah, sebak rasa.

“Gambar ini saya edit dari yang asal. Sebak pula tengok balik.

Iklan

“Anakku, jangan bersedih meski tadi ibu memeluk dirimu sejenak saja. Kerana yang perlu kamu tahu, hati ibu memelukmu selamanya,” tulis wanita itu di Facebook.


Shuib kemudian telah memuatnaik video yang memaparkan foto yang disunting.

“Sudah tiada dan tidak akan ada lagi.

“Yang ada hanya rindu tak berpenghujung,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Iklan

Difahamkan, semalam berlangsung majlis majlis akikah, cukur jambul dan tahnik Ayash Affan.

Dalam masa yang sama, turut diadakan tahlil 100 hari Allahyarham Siti Sarah.

Baca juga: Siti Sarah ‘Pergi’ Setelah 65 Jam Ditidurkan, Berikut Kronologi Kehamilan Dan Jangkitan Covid-19 Dilaluinya

Baca juga: Shuib pegang amanat akhir Siti Sarah

Sumber: Instagram @shuibsepahtu, Facebook Bunga Querida