PEMERGIAN penyanyi, Siti Sarah Raissudin meraih perhatian ramai, tidak hanya di dalam negara, malah auranya sampai sehingga ke Makkah.

Solat jenazah ghaib bagi Allahyarham yang meninggal semalam telah dilakukan di Masjidil Haram. Berita tersebut telah dkongsikan suaminya, Shuib menerusi video di laman sosial Instagram.

“Allahuakbar, ALLAH MAHA BESAR

“Dapat kiriman video solat ghaib jenazah dalam Masjidil Haram.

“ALLAH terlalu sayang you ibu, bergembiralah disyurga bidadari ku Siti Sarah,” tulis Shuib.

Baca juga Siti Sarah ‘Pergi’ Setelah 65 Jam Ditidurkan, Berikut Kronologi Kehamilan Dan Jangkitan Covid-19 Dilaluinya

Menurut video berkenaan, solat berkenaan difahamkan dilakukan selepas solat fardu Zohor.

Para asatizah, warga maya dan peminat terharu dengan berita tersebut dan rata-rata menyatakan cemburu akan kematian dan kebaikan yang dilakukan penyanyi berusia 36 tahun itu semasa hayatnya.

“Hebat insan yang bernama @sitisarahraissuddin ini. Dia bukan ulamak atau ustaz terkenal atau pemimpin negara tapi auranya sampai ke Masjid Haram. Inilah contoh untuk para isteri! Cemburu saya dengan kebaikan apakah yang di lakukan.” – Ustaz Abdullahkhairi

“ALLAH sayang @shuibsepahtu @sitisarahraissuddin janji Allah itu benar buat orang yang baik dermawan dan taat pada suami dan fikir umat yang ada padanya .”- Ebit Lew

“Subhanallah.” – Fakhrul UNIC

“Layanan yang hebat untuk orang yang baik macam dia.” – Zarazya

“Masha-ALLAH. ALLAHUAKBAR.” -Mira Filzah

Iklan

“Kematian yang meninsafkan dan dicemburui kebaikannya terlalu banyak…”

“Bersalin di dunia, berpantang di syurga. Ditidurkan di dunia, dikejutkan di syurga. Al-Fatihah. Kematian yang dicemburui.”

“Besar amalannya, ALLAH bagi layanan sangat lumayan.”

Baca juga Shuib Lihat Air Mata Siti Sarah Mengalir Ketika Nazak, Saat Panggilan Video Terakhir

Iklan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Memetik Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, solat jenazah ghaib ialah solat yang dilaksanakan di negeri yang lain yang berada jauh dari negeri asalnya.

Menurut Ibn Hajar al-Asqalani, solat jenazah ghaib boleh dilakukan bermula dari saat berita kematian dan berlanjutan selama tiga hari. Ini kerana tiga hari itu adalah tempoh bertakziah menurut yang maklum dari kitab-kitab fiqh.

Sumber: @shuibsepahtu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan