PENYANYI yang popular dengan lagu Kantoi, Zee Avi melangsungkan perkahwinan dengan jejaka Jepun, Kenji Makano.
Zee Avi atau nama sebenarnya Izyan Alirahman, 35, memaparkan sekeping gambar memakai persalinan serba putih dengan cincin di jari manisnya.
Menurut sebuah portal hiburan tempatan, Zee Avi mengakui sudah melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya di sebuah surau di Ampang, Kuala Lumpur pada Isnin.
Baca juga: Sama cantik sama padan, Haqiem kini selamat bergelar suami Anis Sofea
Melalui Insta story Zee Avi turut memuat baik beberapa video ringkas yang memaparkan situasi pada hari perkahwinannya.
"Today is the day,” tulisnya dan membuka peluang peminat meneka apa yang terjadi.
Zee Avi, penyanyi kelahiran Sarawak terkenal dengan nyanyian indie bersama ukelele.
Beliau berpindah ke Kuala Lumpur pada usia 12 tahun dan mula bermain gitar pada usia 17 tahun. Zee Avi berpindah ke London untuk belajar reka bentuk fesyen di InterContinental University Amerika. Selepas pulang dari London, dia mula menulis lagu.
Zee Avi kini menetap di Amerika Syarikat.
Baca juga: Pelik Murid Datang Sekolah Setiap Hari Tak Ikut Penggiliran, Masuk Hari Ketiga Baru Tahu Rupanya…
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Sumber: Instagram Zee Avi