LETERAN mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka bermaksud kata-kata yang keluar ketika berleter; percakapan yang tidak menentu atau omelan.
Ia adalah kata-kata nasihat yang sering diucapkan ibu bapa dan guru dalam usaha membentuk anak-anak agar menitikberatkan pelajaran dan mematuhi saranan.
Baca juga: Pelik Murid Datang Sekolah Setiap Hari Tak Ikut Penggiliran, Masuk Hari Ketiga Baru Tahu Rupanya…
Baru-baru ini tular di media sosial kononnya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengeluarkan kenyataan berkaitan isu berleter sebagai hukuman disiplin yang dilarang dilakukan guru kepada pelajar
Penularan sebuah gambar rajah berhubung bentuk hukuman yang dilarang itu telah menimbulkan pelbagai reaksi dan telahan daripada pelbagai pihak seperti guru dan ibu bapa.
Apakah sebenarnya ia dilaksanakan oleh KPM? Ikuti tiga fakta penting daripada Menteri Pendidikan Malaysia, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin:
1. Dr Mohd Radzi menafikan pernah membuat kenyataan sedemikian.
2. Sebuah portal didakwa meletakkan gambar Dr Mohd Radzi seolah-olah beliau mengeluarkan kenyataan dalam artikel bertajuk"Gempar!!! Bermula esok, guru boleh dihukum sekiranya berleter terhadap murid.”
3. KPM juga tidak pernah mengeluarkan jadual bertajuk"Unit Disiplin KPM: Bentuk-bentuk Hukuman Yang Dilarang" dalam mana-mana dokumen rasmi KPM seperti yang tular di media sosial.
Penjelasan KPM itu disambut baik para ibu bapa dan guru yang rata-rata berterima kasih atas pencerahan yang diberikan.
"Sangat mengejutkan jika ada arahan begitu.Sebagai ibu bapa kita tahu seperti apa anak-anak kita. Bagaimana guru membentuk dan mendidik anak2-anak kita di sekolah jika tidak boleh membebel.”
"Nasib baik tak kongsi, Sebab rasa macam tidak sahih. Terima kasih Menteri.”
"Alhamdulillah..terima kasih YB atas penjelasan. Susah hati nak masuk kelas jadi orang tiada suara.”
"Bukannya kami para guru berleter yang bukan-bukan. Kami menasihati, memberi motivasi, memberi bayangan masa depan murid jika malas belajar dari sekarang agar murid sedar pentingnya fokus pada pelajaran.”
Diharapkan penjelasan yang diberikan KPM ini meleraikan pelbagai tanggapan dan spekulasi berhubung isu terbabit.
Baca juga: 5 Info Bantuan Awal Persekolahan 2022, RM150 Setiap Murid Ringankan Beban Ibu Bapa
Baca juga: Mulianya Hatimu Guru, Sanggup Cipta Alat Bolehkan Pelajar OKU Penglihatan Berlari
Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!
Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia