Lelaki dilanggar, hampir digilis lori kontena di stesen minyak, pemandu dikecam cuai, berikut 8 info kes

Iklan
1

LAZIMNYA ketika mengisi angin kenderaan di stesen minyak, kita tidak menjangka akan dilanggar kerana pam angin biasanya terletak di bahagian yang jauh daripada laluan kenderaan.

Namun video rakaman kamera litar tertutup sebuah stesen minyak di Bandar Sultan Suleiman, Klang tular serta menimbulkan ‘seram sejuk’ warga maya.

Iklan
Iklan

Ia susulan seorang penunggang motosikal hampir digilis lori kontena semasa sedang mengisi angin tayar motosikalnya.

Iklan

Baca juga: Angkara kanvas terbang, dua pengguna jalan raya nyaris maut digilis lori

[caption id="attachment_65608" width="800"] Foto hiasan: Freepik[/caption]

Iklan

Baca juga: Senang Sangat Peraturan Ketika Di Stesen Minyak. Jom Kita Refresh

Warganet rata-rata mengecam pemandu lori berkenaan yang dikatakan memandu secara tidak cermat sehingga membahayakan pengguna jalan raya lain.

Bagaimana insiden mencemaskan itu berlaku? Berikut lima fakta kejadian yang wajar dijadikan pengajaran.

1. Kejadian berlaku pada jam 8.30 pagi, Rabu, 24 November 2021.

2. Video berdurasi 24 saat itu amat memparkan lelaki berkenaan sedang mengisi angin motosikalnya.

3. Secara tiba-tiba sebuah lori kontena yang berada tidak jauh di belakangnya bergerak ke arahnya dan membelok sebelum melanggar bahagian belakang badan lelaki berkenaan.

4. Bagaimanapun, lelaki berkenaan sempat bangun sebaik kaki kanannya hampir digilis kenderaan berat itu.

5. Menurut polis, pemandu lori kontena berkenaan sedang membuat pusingan ‘U’ di dalam kawasan stesen minyak.

6. Lori kontena berkenaan dipandu oleh pemandu wanita berusia 35 tahun.

7. Susulan kejadian, lelaki berkenaan mengalami luka pada tangan dan sakit bahagian kaki serta badan.

8. Pihak polis mengesahkan sedang menyiasat kejadian terbabit di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Rata-rata warga maya meluahkan cemas tatkala menyaksikan video kejadian.

-"Seram sejuk lihat kejadian ini. Mujurlah penunggang motor tersebut selamat. Syukur Alhamdulillah.”

-"Jarak jauh macam itu dia boleh cakap titik buta (blind spot).”

-"Kalau tidak sudah arwah. Teruk betul treler itu takkan pemandu tidak nampak itu dari jauh.”

-"Lori tinggalkan (penunggang motosikal dilanggar) macam itu sahajakah?”

-"Memang cuai, mustahil tidak nampak. Sebelum dia gerak pun boleh nampak jelas ada orang di hadapan."

Diharapkan sama-samalah kita berhati-hati ketika mengendalikan kenderaan kerana tindak tanduk dan pergerakan kita boleh memberikan kesan keselamatan pengguna kenderaan lain.

Baca juga: Isu Sotong 2 Ekor RM100 Tular Undang Kecaman, Restoran, Pelanggan Beri Penjelasan. Berikut Kronologi Kejadian

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Facebok Malaysian Crime Watch - MyWatch, Sinar Harian