BERPANTANG mati sebelum ajal, penunggang dan pembonceng motosikal nyaris digilis lori tangki minyak apabila kanvas yang menutup muatan lori lain tertanggal dan menyelubungi mereka.

Aksi mencemaskan itu dikongsikan laman sosial TikTok Selangor TV dipercayai berlaku di sebuah lebuh raya dari Puchong menghala ke Putrajaya.

Paparan video rakaman dashcam berdurasi 30 saat itu menimbulkan rasa cemas kepada warganet apabila motosikal itu dilihat hilang kawalan susulan daripada ditimpa kanvas ‘terbang.’

Mungkin disebabkan penglihatan terhad kerana diselimuti kanvas, motosikal berkenaan dilihat bergerak menghampiri sebuah lori tangki membawa muatan minyak.

Motosikal itu bergesel dengan lori menyebabkan penunggang dan pembonceng terjatuh dan hampir digilis.

Bagaimanapun, kedua-dua individu selamat dan dilihat terus berdiri selepas kejadian sebelum beberapa kenderaan berhenti dan menghulurkan bantuan.

Paparan video berkenaan menjadi tular dan kini meraih lebih setengah juta tontonan.

Orang ramai rata-rata mengecam kecuaian lori yang gagal memastikan kanvas diikat dengan baik semasa bergerak sekali gus membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain.

Malah rata-rata juga memuji tindakan pemandu lori tangki yang prihatin bertindak menghentikan kenderaan untuk memeriksa kedua-dua individu terbabit. Ada juga warga maya yang mengingatkan tentang kepentingan dashcam.

Iklan

Penggunaan kanvas sebagai penutup lori adalah bertujuan untuk menghalang muatan dari terkeluar daripada bucket kenderaan, mengelakkan sesebuah kenderaan dari membawa muatan melebihi had tinggi yang dibenarkan dan mampu menutup muatan dengan kemas dan selamat.

@selangortv Nyaris… #BeritadiTikTok ♬ Suspense, horror, piano and music box-剪辑版 – takaya

Iklan

Baca juga: Rezeki pulangkan cek RM10.4 juta tercicir, kejujuran cleaner Halimah tular, terima kenaikan pangkat

Baca juga: Nelayan bakal bergelar jutawan segera, jumpa ‘emas terapung’ RM5 juta

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: TikTok SelangorTV, JPJ