Guru kongsi detik cemas staf tiba-tiba bersalin di sekolah. “Cikgu lelaki, guru besar pun kalut macam isteri nak beranak.”

Iklan
1

PROSES kelahiran bayi adakalanya terjadi tanpa dirancang. Ada ibu yang terpaksa bersalin di rumah, di dalam kenderaan atau mana-mana lokasi kerana tidak sempat untuk ke hospital.

Perkara itu juga turut dihadapi seorang Pembantu Pengurusan Murid sebuah sekolah rendah di Melaka yang apabila mengalami tanda-tanda bersalin ketika bertugas.

Iklan
Iklan

Perkara tersebut dikongsikan seorang guru, Norazira Zikir yang menyifatkan insiden istimewa itu sebagai momen yang tidak dapat dilupakan.

"Pengalaman berharga dan tidak akan dapat dilupakan buat semua warga sekolah.

Iklan

"Jadi bidan terjun beramai-ramai sambut pembantu saya bersalin di dalam kelas prasekolah saya,” kongsinya.

Menurut Norazira, pembantunya mula mengadu rasa sakit bersalin ketika berada di kelas.

Iklan

"Saya kelam-kabut apabila pembantu beritahu dia sakit bersalin. Saya terus lari ke pejabat minta kerani hubungi talian kecemasan 999.

Baca juga: Gigih berbasikal ke hospital untuk bersalin, ahli Parlimen New Zealand ini buat ramai kagum

Bagaimanapun situasi semakin cemas apabila tanda-tanda bersalin kian bertambah. Pembantunya memberitahu ketuban pecah.

"Sementara menunggu ambulans pembantu menjerit tidak tahan sakit, kemudian air ketuban pula pecah,” katanya.

"Memang tidak boleh tunggu. Pembantu kata bayi ‘hendak’ keluar sangat," katanya menceritakan semula detik-detik cemas 29 November lalu.

Justeru, dia bergegas mendapatkan pertolongan rakan sejawat dan kakitangan sekolah.

"Maka saya dan guru lain berlari mendapatkan bantuan guru-guru lain bertanya siapa yang boleh menyambut kelahiran bayi.

"Saya tidak berani,” tuturnya.

"Mujur ada pengawal keselamatan sekolah dan pembantu tadbir yang cool, saya duduk sebelah membantu.

"Memang berdebar bila tengok kepala bayi keluar. Minta pembantu teran, Alhamdulillah mudah sangat bayi keluar,” katanya.

Dalam pada itu, sementara menunggu ketibaan petugas kesihatan untuk mengeluarkan uri, kakitangan sekolah membersihkan si kecil dengan peralatan yang ada.

Baca juga: Buang air besar tanda waktu bersalin sangat dekat, 8 perkara ibu perlu hadamkan elak kematian bayi

"Puas pujuk bayi untuk lahir di hospital tapi dia nak juga sijil kelahiran tertulis tempat lahir sekolah ini

"Tak sabar nak pergi sekolah. Semoga membesar jadi anak yang bijak.

"Wahai bayi, kami sayang awak. Ramai ibu angkat yang sambut dia. Cikgu-cikgu lelaki dan Guru Besar pun kekalutan seolah-olah isteri mereka yang hendak bersalin," katanya.

Tambah Norazira, seusai dilahirkan bayi perempuan berkenaan telah diazankan oleh seorang guru agama sekolah berkenaan.

Dia juga memanjatkan kesyukuran kedua-dua bayi dan ibu selamat  dalam proses kelahiran yang mencemaskan itu.

Untuk pengetahuan korang, kelahiran boleh berlaku bila-bila masa dan di mana sahaja. Lebih-lebih lagi bagi kehamilan yang sihat dan kandungan sudah melewati usia 37 minggu.

Justeru, sebagai langkah berjaga-jaga, apabila kandungan mula memasuki trimester ketiga ibu hamil disarankan sentiasa membawa bersama buku rekod pemeriksaan kehamilan dan beg hospital.

Baca juga [VIDEO] Suami Minta Ekstra Jahitan Selepas Isteri Bersalin. Ini Sebenarnya Maksud 'Daddy Stitch'

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Facebook Norazira Zikir