VIDEO yang memaparkan sebuah bas persiaran berkelajuan tinggi merempuh kenderaan di hadapannya tular di laman sosial.
Menerusi paparan video berdurasi 39 saat di TikTok Penang Kini, kemalangan berkenaan berlaku di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dari Seberang Jaya ke Juru berhampiran susur masuk Jambatan Pulau Pinang.
Berikut kronologi kemalangan ngeri itu.
13 Disember 2021
Bas berkenaan dalam perjalanan dari arah Butterworth, Pulau Pinang ke Ipoh, Perak.
Setibanya di Kilometer 139.3 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Perai, bas berkenaan hilang kawalan.
Insiden dianggarkan berlaku kira-kira jam 2.00 petang. Bas laju dalam keadaan terhuyung-hayang merempuh kenderaan pelbagai guna (MPV)Toyota Vellfire di hadapannya dan 10 lagi kenderaan lain.
Dengan kelajuan tinggi, bas itu dilihat hilang kawalan dan turut melanggar bahagian penghadang jalan lebuh raya berkenaan.
Baca juga: Wanita Terengganu Dakwa Temui Muntah Ikan Paus, 6 Fakta Mengenainya
Rempuhan tersebut turut membabitkan sebuah van polis jenis Toyota Hiace selain kenderaan pelbagai guna (MPV) Honda Stream, kereta Perodua Myvi dan Perodua Axia, serta beberapa kenderaan lain.
Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kemalangan itu pada jam 2.40 petang.
Rakaman video kemalangan kemudian tular di media sosial termasuk Facebook yang membuatkan kebanyakan warganet cemas.
Susulan kemalangan, lalu lintas di lebuh raya itu mengalami kesesakan sejauh 15 kilometer (km) apabila kedua-dua lorong terhalang, sebelum kesemua kenderaan yang terbabit berjaya dialihkan kira-kira 5 petang.
Baca juga: [VIDEO] Kejadian Dirakam CCTV, Wanita Rembat Motosikal Pencuri Selepas Beg Tangan Diragut
14 Disember 2021
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Shafee Abd Samad mengesahkan Sebanyak 11 kenderaan termasuk bas ekspres terbabit dalam kemalangan ngeri itu.
Walaupun kemalangan terlihat tragis, syukur tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Kemalangan itu kini dalam siasatan lanjut mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Warga maya rata-rata mempersoalkan bagaimana bas sebagai kenderaan berat berada di lorong kanan sedangkan ia hanya lorong untuk memotong.
"Kenderaan besar dan berat pandu lah di lorong kiri.”
"Dalam apa keadaan sekalipun kenderaan berat tidak boleh di lorong laju (kanan).”
Menurut netizen, lebuh raya ketika itu mengalami kesesakan namun pemandu berkenaan tidak menyedarinya dan merempuh Vellfire yang sedang mengurangkan kelajuan.
"MPV sudah nampak jalan di hadapan sesak, jadi dia perlahankan awal-awal. Tapi bas mungkin tidak perasan kereta di depannya perlahan.”
"Apa pun pemandu bas itu bijak pilih 'guardrail' di tengah lebuh raya sebagai alat untuk perlahankan bas dan meminimumkan risiko bahaya nyawa orang lain. Memang teknik itu diajar dalam kursus pemanduan GDL/PSV."
Baca juga: Myvi Kuning Hancur, Pemandu Selamat. 5 Kenderaan Dirempuh Lori Laju Positif Dadah
Baca juga: Myvi Kuning Remuk Teruk Dirempuh Lori Laju, Berikut Perkembangan Terkini Pemandunya
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Sumber: Penang Kini