SEMALAM tular di laman sosial sebuah video rakaman kamera papan pemuka (dashcam) berdurasi 55 saat memaparkan beberapa buah kenderaan mengalami kerosakan selepas dirempuh sebuah lori di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Menerusi video itu, kira-kira lima buah kenderaan telah terlibat dalam kejadian tersebut antaranya Perodua Myvi, Honda HRV, Kia Sorento dan Proton X70.

Rempuhan tersebut turut menyebabkan kereta Proton X70 melanggar sebatang pokok dan terangkat ke atas bersama Honda HRV.

Manakala Perodua Myvi berwarna kuning kelihatan hancur sepenuhnya akibat dilanggar oleh lori tersebut.

Namun, orang didalamnya dibantu oleh orang ramai untuk keluar dari kenderaan dengan berpaut kepada cebisan bahagian kereta yang remuk.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata siasatan awal mendapati lori itu dari Jalan Duta menghala ke Sentul dan pemandu terbabit positif dadah.

Katanya, nahas itu mengakibatkan seorang pemandu Perodua Myvi berusia 45 tahun cedera ringan dan ditempatkan di zon hijau Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

Ujarnya lanjut, pemandu kenderaan lain sudah menerima rawatan dan tiada kecederaan serius dilaporkan. Semua mereka dibenarkan pulang kecuali pemandu lori yang ditahan untuk siasatan.

Kata Sarifudin, pemeriksaan mendapati, lelaki itu tidak berada di bawah pengaruh alkohol ketika memandu lori, namun disahkan positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamin hasil ujian saringan air kencing

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 44 (1A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Berpantang maut sebelum ajal, dirempuh lori, pemandu 5 kenderaan selamat

Sementara itu, SinarPlus ingin mengimbau kembali kemalangan yang melibatkan individu positif dadah;

1. Dua das tembakan terpaksa dilepaskan untuk menghentikan sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki selepas cuba melanggar anggota polis ketika diperiksa di Beaufort, Sabah pada 15 Julai lalu. Dalam kejadian di kawasan kebun getah, Batu Abai, Kuala Penyu itu, lelaki berusia 57 tahun yang memandu Perodua Myvi dalam keadaan mencurigakan ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort untuk pemeriksaan. Bagaimanapun, ketika pemeriksaan dijalankan, lelaki itu tiba-tiba bertindak agresif dengan mengundurkan keretanya dan cuba melanggar anggota polis.

Iklan

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Yusoff Zaki Yaacob berkata, anggota polis terpaksa melepaskan dua das tembakan ke arah tayar belakang kereta suspek. Suspek dalam keadaan mabuk dan lalok dadah terpaksa menghentikan kenderaan dan cuba melarikan diri. Namun suspek berjaya ditahan selepas berlaku pergelutan dengan anggota polis dan soal siasat mendapati suspek mengaku ketakutan ketika diminta berhenti kerana baru saja mengambil syabu dan berada dalam keadaan mabuk.

2. Pemandu lori di bawah pengaruh dadah rempuh lima kenderaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Sultan Azlan Shah, Gelugor, Pulau Pinang pada 14 Ogos 2020 lalu. Mangsa nahas yang menimpa empat kereta dan sebuah motosikal termasuklah seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun mengalami retak tulang dada.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, berkata kejadian berlaku ketika lori lima tan membawa muatan perabot itu dipandu lelaki berusia 38 tahun bersama kelindan berumur 39 tahun dari arah Bayan Lepas menghala ke Gelugor. Hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-duanya positif dadah jenis ganja.

Beliau berkata, setiba di persimpangan lampu isyarat terbabit, pemandu lori yang disyaki berada bawah pengaruh dadah, telah memasuki laluan bertentangan di bahagian kanan sebelum merempuh sebuah motosikal dan empat kereta yang sedang berhenti kerana lampu isyarat merah.

Berpantang maut sebelum ajal, dirempuh lori, pemandu 5 kenderaan selamat

3. Pemandu Myvi rempuh dua kereta positif dadah di Kilometer 4 Jalan Johor Bahru – Kota Tinggi, Johor pada 10 Oktober 2020. Pemandu Perodua Myvi hilang kawalan dan melanggar tembok pembahagi jalan sebelum merempuh Honda Accord dan Proton Iswara di persimpangan lampu isyarat menghala Plaza Pelangi. Akibatnya, Perodua Myvi dan Honda Accord terbalik dan pemandu Honda Accord parah di kepala serta meninggal dunia di tempat kejadian.

Iklan

Baca juga [VIDEO]Semangat! Meskipun teruk dikecam, Skuad Jerung Merah tak hirau kata orang

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, ujian saringan ke atas pemandu itu mendapati dia positif dadah dan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Justeru, pihak yang berkuasa perlu melakukan sesuatu bagi mengelakkan kehilangan banyak lagi nyawa akibat menjadi mangsa rempuhan individu di bawah pengaruh dadah.