BARU-baru ini viral di Indonesia video yang memaparkan kejadian wanita diragut oleh dua orang lelaki bermotosikal di hadapan sebuah pejabat.

Dalam kejadian pada waktu pagi itu dipercayai berlaku semasa wanita berkenaan dalam perjalanan ke pejabat.

Ketika berjalan, wanita dikenali sebagai Sania sedang berbual di telefon.

Pada masa yang sama, dari arah bertentangan, kelihatan dua lelaki yang menunggang motosikal sedang menunggang beriringan.

Salah seorang lelaki turun dari motosikal dan secara tiba-tiba menarik beg wanita berkenaan.

Baca juga: Keluarga panik kejadian aneh, anak lelaki 3 tahun dikhatan jin ketika kencing

Wanita itu dengan pantas mempertahankan begnya sehingga berlakunya tarik menarik.

Menyedari rakannya tidak mendapat beg yang diingini, penunggangnya turun dan meninggalkan motosikal.

Kedua-dua lelaki itu menarik beg milik wanita berseluar hijau itu secara paksa.

Mengetahui kekuatannya tidak cukup untuk memegang begnya, wanita itu kemudian fokus pada motosikal digunakan pencuri.

Baca juga: Selepas 21 Tahun, Miss Universe 2021 Milik Harnaaz Sandhu, Berikut Senarai Ratu Cantik Dari India

Dia pantas melepaskan begnya dan terus berlari ke arah motosikal itu.

Kedua-dua perompak itu kemudian kelihatan panik apabila menyedari wanita itu telah melarikan motosikal mereka.

Ketika paparan video berkenaan, pemilik video ketawa kerana lucu menyaksikan reaksi pencuri.

Iklan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by memomedsos (@memomedsos)

“Sania cukup bijak mengambil motosikal peragut itu,” kata lelaki yang menunjukkan rakaman CCTV.

Warga maya rata-rata berkata tindakan pantas wanita berkenaan menyelamatkan begnya.

– “Wanita bijak, ini namanya perompak disamun mangsa.”

– “Mari kita ambil pengajaran bahawa apabila kita panik seperti itu, kita juga perlu berfikir dengan cepat.”

Iklan

– “Suka sangat, memang best, tak sangka motosikal pula kena curi.”

– “Secara logiknya kalau tak standby atas motor, pencuri tak boleh selamatkan diri.”

Baca juga: Peragut sentiasa tunggu peluang, fahami perkara penting ini supaya tidak jadi mangsa

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Instagram @memomedsos, Gridt