MISS World 2021 (MW21) menangguhkan sementara pentas akhir siaran global Koliseum Puerto Rico Jose Miguel Agrelot di Puerto Rico kerana kepentingan kesihatan dan keselamatan peserta, kakitangan, krew dan orang awam.
Pentas gah itu akan kembali diadakan dalam tempoh 90 hari dari hari ini.
Itu kerana penularan kes jangkitan Covid-19 di kalangan wakil dan staf MW21 sangat tinggi mengakibatkan terjadinya kluster MW21.
Bagaimanapun, kes positif makin bertambah sehingga pagi kelmarin dan akhirnya perundingan bersama pegawai kesihatan dan pakar, keputusan penangguhan terpaksa dibuat.
Langkah seterusnya menurut pakar perubatan ialah kuarantin segera, menunggu pemerhatian dan ujian lanjut mengikut amalan terbaik dalam situasi seperti ini.
Baca juga Gara-gara dendam, remaja 17 tahun sanggup upah buruh binaan rogol dan bunuh kawan sendiri
Ketua Pegawai Eksekutif Miss World Ltd. Puerto Rico, Julia Morley berkata, pihaknya sangat menantikan kedatangan semula peserta untuk bersaing merebut mahkota Miss World 2021 serta menawarkan persekitaran yang selamat dan pentas yang menakjubkan untuk penggambaran Festival Ratu Dunia itu.
Foto: Instagram missworld