Anak pergi dulu, empat bulan isteri menyusul, perkongsian suami undang sayu. 'Moga nanti kita akan berjumpa, ibu sudah tidak sabar'

No Image Caption
A
A
A

BENARLAH kata orang, kasih ibu tiada syaratnya. Demi anak yang telah pergi, seorang ibu terus kuat walau hati remuk. Namun takdir menentukan, empat bulan selepas pemergian si kecil, ibu itu pula dijemput Ilahi.

Ujian berat buat suami arwah dikenali Wan Fawwaz Aiman, 27, kehilangan isteri tercinta  awal pagi Rabu. Hanya empat bulan selepas pemergian anak mereka, Hayder Rizq yang berusia setahun tujuh bulan, pada Oktober tahun lalu akibat penyakit Dilated Cardiomyopathy,  isterinya pemilik akaun TikTok Aiza Rizq pula dijemput ALLAH.

"Assalamualaikum, owner akaun ni (isteri saya) sudah menghembuskan nafasnya pada pagi tadi. Mohon sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah. Terima kasih," titipnya mengundang sebak.

No Image Caption

Menerusi hantaran awal, isterinya kerap meluahkan kerinduan buat putera tunggal mereka dan rasa kehilangan.

"Ibu takkan pernah melupakan kenangan kita bertiga di rumah ini sampai bila-bila. Ibu sangat menyayangi rumah ini walaupun hanya rumah sewa, kerana terlalu banyak kenangan, sejak Hayder masih dalam perut lagi. Susah senang semuanya kita lalui di sini.

"Namun ibu sudah tidak kuat untuk menempuh hari-hari di rumah ini. Terlalu banyak kenangan yang tersimpan di setiap sudut.

"Semoga satu hari nanti kita akan berjumpa. Ibu sudah tidak sabar. Jangan lupa tarik ibu dan abi ya, anak syurga," luah Allahyarham.

Malah, mereka berdua sering menziarahi pusara si kecil untuk melepaskan rindu.

Artikel Berkaitan:

Warga maya turut tersentuh dengan kehilangan demi kehilangan orang tersayang adalah ujian berat.

"Ibu rindu sangat hingga menyusuli anak," titip warganet.

Rata-rata menzahirkan ucapan takziah, doa dan kata-kata semangat agar diberi kekuatan. Al-Fatihah.

Sumber: TikTok

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang