Fokus kesihatan & pendidikan anak, Eskayvie lancar maskot Owi, komitmen Pak Nil dipuji

No Image Caption
A
A
A

BARU-baru ini, lebih 400 warga kerja, usahawan Eskayvie Nexus dan rakan strategik berkumpul di Hotel Mandarin Oriental untuk Eskayvie Grand Annual Dinner 2026. 

Majlis ini bukan sekadar sambutan tahunan, tetapi platform meraikan pencapaian serta menzahirkan penghargaan terhadap perjalanan yang dibina secara kolektif.

Bertemakan The Journey Continues: From Purpose to Impact, tema majlis mencerminkan hala tuju jenama bagi tahun ini, menekankan mesej yang jelas, pelaksanaan konsisten dan hubungan yang lebih bermakna dengan masyarakat. Ia juga penegasan kepada fasa pertumbuhan baharu yang lebih terarah, mampan dan berimpak.

Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie, Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri, menekankan jenama itu berperanan lebih daripada sekadar menghasilkan produk. Sebaliknya, ia menjadi ekosistem kesihatan yang bertanggungjawab menghadapi cabaran moden.

“Hari ini, masyarakat berdepan penyakit berjangkit dan tidak berjangkit, pencemaran alam sekitar, mikroplastik, virus baharu, serta pengambilan makanan ultra-proses. 

"Kesedaran gaya hidup sihat sahaja tidak mencukupi tanpa sokongan yang selamat, berkesan dan boleh dipercayai,” kata Dr. Syid.

No Image Caption

Menurut beliau, Eskayvie dibina berteraskan ilmu, kajian dan integriti profesional selain komited mendidik masyarakat serta membangunkan formulasi produk kesihatan dan kecantikan berasaskan sains. 

"Misi kami jelas: membantu lebih ramai individu mencapai tahap kesihatan optimum untuk masa depan," ungkapnya.

Dr. Syid turut berkongsi rasa syukur atas kerjasama yang berterusan bersama Datuk Aznil Nawawi sebagai duta jenama Eskayvie. 

“Sudah masuk tahun keenam kami bersama Pak Nil. Hubungan ini bukan sekadar kerjasama, tetapi satu ukhuwah yang kami harap terus positif dan berkembang," jelasnya lagi.

Sementara itu, Pengarah Urusan Eskayvie, Dr. Kartika Wati Mohamed, menekankan pentingnya memulakan pembangunan potensi anak-anak dari awal. 

Menurut beliau, setiap anak dilahirkan dengan potensi, dan tanggungjawab kita adalah menyuburkannya setiap hari.

“Kempen Booster Minda: Serlahkan Potensi Anak Anda bukan sekadar kesinambungan jenama, tetapi penegasan bahawa setiap anak berhak dibimbing dengan nutrisi, sokongan dan kesedaran yang tepat. Ia juga mengangkat tanggungjawab bersama ibu bapa, masyarakat dan Eskayvie sendiri,” kata Dr. Kartika.

Kempen ini dirancang diperluas secara nasional melalui rangkaian Eskayvie Nexus yang membabitkan lebih 130,000 usahawan. 

Pendekatan ini memastikan mesej disampaikan lebih dekat, empatik dan berterusan kepada ibu bapa serta keluarga, melalui pendidikan, perbualan dan hubungan yang dipercayai.

No Image Caption

Selain itu, Eskayvie memperkenalkan penambahbaikan formulasi dan pembungkusan baharu bagi produk teras Mindtropic dan Mindtropic Junior.

Sebagai elemen menarik dalam kempen, Eskayvie memperkenalkan OWI, maskot rasmi yang berfungsi sebagai simbol potensi anak-anak. 

OWI bukan sekadar maskot, tetapi medium komunikasi mesra untuk menyampaikan mesej nutrisi dan perkembangan minda kepada kanak-kanak dan ibu bapa.

Majlis sama turut menyaksikan penyampaian Hadiah Utama Honda City 1.5V kepada pemenang Kempen Cabutan Bertuah Eskayvie 2025, menandakan penghargaan terhadap sokongan pengguna. 

Kempen yang berlangsung dari Februari 2024 hingga Disember 2025 mencatatkan lebih 350,000 penyertaan dengan nilai hadiah keseluruhan melebihi RM300,000.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang