Nora Ariffin tarik balik permohonan cerai bersyarat, suami mahu lebih tegas. 'Bukannya orang lain jadi ketua keluarga kita'

No Image Caption
A
A
A

PENYANYI, Datuk Nora Ariffin hari ini menarik balik permohonan cerai terhadap suaminya, Dr Rushdi Ramli hari ini.

Penyanyi berusia 52 tahun itu mengakui sudah membuat keputusan dan berserah pada ketentuan ALLAH tentang rumah tangganya.

Tetap patuh prosedur undang-undang, pelantun Di Persimpangan Dilema itu mahu fokus pada diri sendiri.

"Sebenarnya sebelum ini pun Dr Rushdie pernah membuat permohonan, meminta saya tarik balik, tetapi ketika itu saya masih dalam 50-50 lagi. 

"Namun pada hari ini, saya ambil keputusan dan saya percaya ketentuan ALLAH itu memang telah ditetapkan. Jodoh kami masih panjang dan saya yakin apa yang berlaku ini semuanya atas kehendak ALLAH.

"Jadi saya rasa, insya-ALLAH. Betul tak? Alhamdulillah, saya berserah kepada ALLAH. Cuma sudah tentu kita akan ikut prosedur dari segi sudut perundangan. Ada perintah injunksi dan sebagainya serta perkara yang perlu saya lakukan selepas ini.

No Image Caption

"Jadi saya minta tahun 2026 ini kita bertenang sahaja. Saya pun terlalu sibuk dengan kerja saya tahun ini. Saya mahu lebih fokus kepada diri sendiri," kongsinya.

Sementara itu, suaminya Dr Rushdi Ramli pula berkata akan lebih tegas mengendalikan rumah tangga pada masa akan datang.

"Sebenarnya tidak tahu untuk komen panjang.  Saya harapkan yang itulah, Alhamdulillah, Ya ALLAH.

"Datuk Nora bersedia untuk menarik balik (permohonan perceraian) dan insya-ALLAH, saya akan melaksanakan syarat-syarat yang disebutkan itu. 

"Saya akan mengambil langkah yang sepatutnya. Sebenarnya sebagai suami yang menjadi ketua kepada keluarga. Bukannya orang lain yang menjadi ketua keluarga kita," kongsinya.

Dalam pada itu, Rushdi juga berkongsi akan mengambil pendekatan lebih tegas untuk mengelakkan gangguan dari pihak lain dalam rumah tangganya dengan Nora.

"Sebenarnya selama ini pun sudah bertegas, tapi mungkin kena lebih tegas lagi dan make clear.

"Saya tidak mahu ada apa-apa gangguan daripada sesiapa. Itu adalah tuntutan agama dan perintah ALLAH SWT," katanya.

Peguam yang mewakili Rushdi, Azmi Mohd Rais berkata Nora selaku plaintif memutuskan untuk menarik balik kes tersebut kerana mahu meneruskan perkahwinannya bersama defendan.

"Plaintif iaitu Datuk Nora telah menarik balik kes ini dan ingin meneruskan perkahwinan dengan defendan.

"Sebelum penarikan balik dibuat, dia memohon syarat iaitu tidak ada gangguan daripada pihak ketiga. 

"Yang Arif Hakim telah meluluskan permohonan penarikan balik  tersebut dan menasihatkan Nora untuk memfailkan injunksi tegah ganggu terhadap mana-mana pihak ketiga selain boleh memfailkan kes gangguan (nuisance) di Mahkamah Sivil sekiranya perlu," kongsi Azmi.

Dalam masa yang sama berkata keputusan berkenaan disambut baik Rushdi.

"Bagi pihak defendan pula bersyukur dan berjanji akan menasihati pihak ketiga tersebut," tuturnya dipetik dari video OfficialHlive.

Imbas kembali 21 April tahun lalu, Nora memfailkan permohonan perceraian selepas tercetus pelbagai konflik berkaitan rumah tangga mereka.

Nora sebelum itu mendedahkan berkahwin dengan Rushdi berkahwin pada Disember 2021.

Pemilik nama Wan Norafiza Wan Ariffin itu terdahulu mendirikan rumah tangga bersama komposer terkenal, Allahyarham Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata. 

Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.

Sumber: Instagram OfficialHlive

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang