PETRA Lebaran 2026, gabungan elegan moden dengan sentuhan budaya Nusantara

No Image Caption
A
A
A

BILA musim Lebaran menjelang, bukan sahaja rumah yang dihias cantik, tetapi juga hati yang mahu tampil bergaya. 

Tahun ini, PETRA mempersembahkan koleksi Lebaran 2026 yang menyatukan keanggunan moden dengan sentuhan warisan Nusantara, sempurna untuk wanita yang ingin tampil anggun tanpa mengorbankan identiti dan tradisi.

No Image Caption

Koleksi ini menampilkan baju kurung klasik yang diperhalusi dengan jahitan moden, fabrik mewah yang jatuh cantik, serta corak ikat dan motif bunga romantik yang memberi sentuhan feminin dan elegan. 

Setiap helaian dirancang untuk menyerlahkan femininity, kelembutan, dan gaya kontemporari yang relevan dengan kehidupan wanita masa kini.

Tidak hanya untuk wanita dewasa, PETRA turut memperkenalkan PETRA Petite untuk kanak-kanak, serta Baju Melayu Teluk Belanga klasik untuk lelaki. 

Dengan 28 rekaan eksklusif secara keseluruhan, koleksi ini memberikan penyelesaian lengkap untuk keluarga tampil serasi dan bergaya pada hari raya.

No Image Caption

Semangat lebaran

Pelancaran koleksi ini diadakan di Hilton Petaling Jaya, di ruang baharu Lobby Event Space (LES) yang elegan dan intim. 

Suasana ini bukan sahaja memberi pengalaman santai dan sofistikated, tetapi juga menyatukan fesyen dengan semangat lebaran dalam suasana yang eksklusif.

Lebih daripada sekadar pakaian raya, koleksi ini adalah cara untuk wanita mengekspresikan diri, memelihara warisan dan melangkah dengan keyakinan. 

No Image Caption

Fabrik mewah, jahitan halus, dan corak dipilih rapi menjadikan setiap helaian bukan sahaja cantik, tetapi juga sarat makna.

Bagi yang ingin tampil anggun dan bermakna di Raya 2026, koleksi PETRA Lebaran 2026 mungkin boleh dijadikan salah satu dalam list kalian. Sebuah rekaan yang menyantuni kepelbagaian saiz dan ragam personaliti wanita moden, sambil membawa nilai warisan penuh bangga.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang