'Kalau asbab potong rambut buat ibu gembira dan sembuh, saya lakukan.' Ojen tampil berambut pendek, dedah di sebalik pemakaian serban

No Image Caption
A
A
A

USAHAWAN dan pempengaruh sensasi, Ojen, kini tampil dengan imej baharu yang lebih segar selepas memotong rambut beberapa hari lalu. 

Penampilan baharu itu bukan sekadar fesyen, tapi simbol perjalanan diri dan kasih sayang seorang anak kepada ibu tercinta.

“Dah lama sebenarnya saya nak potong kerana mahukan penampilan yang lebih segar, tapi tak kesampaian. 

"Nasihat dan teguran orang ramai akhirnya buat saya ambil keputusan,” ujarnya.

No Image Caption

Malah pemilik nama sebenar Mohd Ruzain Ahza Mohd Rosli mendedahkan kisah di sebalik serban yang sering menjadi perhatian ramai. 

“Ramai orang ingat saya mempermainkan agama. Sebenarnya saya pakai serban sebagai benteng supaya tidak keterlaluan. 

Saya yang dulu lebih teruk daripada yang sekarang,” kata lelaki berusia 31 tahun itu lagi.

Bukan sekadar untuk dirinya sendiri, Ojen memotong rambut juga untuk membahagiakan ibu yang kini sedang berjuang melawan kanser. 

“Kalau dengan asbab saya potong rambut ini boleh buat ibu gembira dan sembuh, biarlah saya lakukan. 

"Apa yang paling penting adalah restu dan reda seorang ibu. 

"Biarlah rezeki saya datang melalui doa seorang ibu,” ujarnya dengan penuh emosi.

Keputusan berani Ojen turut membuka pintu rezeki baru. 

“Tak sangka selepas potong pendek, banyak jenama baju raya mula tawarkan saya jadi duta dan model mereka. 

"Mereka hubungi saya tanya harga untuk jadi duta. Sebelum ini, memang saya hanya menjual kunafa sahaja. Insya-ALLAH saya akan pertimbangkan,” katanya sambil tersenyum.

No Image Caption

Sebelum ini, Ojen pernah menjadi tular apabila penampilan dan kunafanya dikritik pempengaruh asal Yaman, Tareq Fiq, dan menyebabkan Ojen mengambil tindakan saman untuk mempertahankan reputasi jenamanya.

Kini, penampilan baharu Ojen bukan sekadar gaya, tetapi lambang perubahan diri, dari menerima teguran, mencari ketenangan, hingga memberi kegembiraan kepada orang tersayang.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang