88 jam tanpa henti, festival ini bakal tampilkan suasana raya berbeza, dari fesyen hingga sajian yang menarik
RAYA tahun ini bukan sekadar sambutan biasa. Cahaya lampu dan aroma hidangan raya bersatu mencipta pengalaman unik.
Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 bakal berlangsung selama 88 jam tanpa henti di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTC KL) bermula 12 Mac yang menawarkan cara baharu untuk merasai semangat raya.
Festival ini memadukan aktiviti keagamaan, hiburan, fesyen, dan kuliner, memberi ruang kepada pengunjung untuk menikmati raya mengikut cara sendiri.
Dari menenangkan diri dengan aktiviti rohani di siang hari, hingga menyusuri lorong-lorong fesyen dan seni di malam hari, pengalaman di festival ini lebih kepada menyemarakkan suasana Raya secara santai dan menyeronokkan.
Menurut Kelly Azman, Pengarah Projek, festival tersebut direka supaya setiap orang boleh menikmati pengalaman mereka sendiri, sama ada menenangkan diri, berbual santai dengan rakan, atau menjelajah pelbagai sudut kreatif dan menarik.

"Sambil shopping dan berhibur, pengunjung juga boleh berbuka puasa dan bersahur bersama di Rasa Fusion Food Festival, dengan pelbagai hidangan istimewa.
"Menariknya, festival ini menampilkan segmen ‘Happy Hour Hujan Duit’, dengan wang tunai sehingga RM18,888 pada waktu-waktu tertentu, serta cabutan bertuah bernilai RM188,888 sebagai kemuncak acara," ujarnya.
Selain hiburan dan fesyen, festival berkenaan juga menampilkan hidangan raya dari pelbagai budaya, sesuai untuk sesi berbuka puasa atau bersahur.
Ia bukan sekadar tentang makan, tapi tentang menghayati suasana lebaran bersama keluarga dan rakan.
Dengan pelbagai aktiviti interaktif, pengunjung boleh mencuba pengalaman unik yang jarang ditemui di festival lain, dari pencahayaan cantik, dekorasi kreatif, hingga segmen yang membolehkan pengunjung rasa suasana Syawal secara seronok dan santai.
Festival ini bukan sahaja tentang hiburan dan makanan, tetapi juga inspirasikan gaya hidup semasa Ramadan dan raya.
Pengunjung boleh menyelami trend fesyen, mencuba produk kecantikan tempatan, dan menonton persembahan yang memberi inspirasi kreatif.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

