Anak saudara Alam Wakaka meninggal dunia. 'Baby Faleeq telah tinggalkan kita'

Foto: TikTok Alam Wakaka
Foto: TikTok Alam Wakaka
A
A
A

KOREOGRAFER terkenal Alam Wakaka Krew berkongsi berita duka anak saudaranya, Baby Faleeq meninggal dunia.

Menerusi hantaran di Instagram, Alam berkongsi pemergian si kecil pada Ahad malam.

"Assalamualaikum semua. Hari ini 1 Mac 2026. Beberapa minit lepas, Baby Faleeq telah tinggalkan kita.

"Jadi, saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang banyak doakan untuk Faleeq. Terima kasih kepada semua yang banyak bagi semangat pada Faleeq. 

"Terima kasih kepada semua yang sentiasa tanya tentang  Faleeq. Hari ini, Faleeq telah pergi buat selamanya," kongsinya di Instagram.

Foto: TikTok Alam Wakaka
Foto: TikTok Alam Wakaka

Dalam hantaran yang sama, Alam atau nama sebenarnya Muhamad Haslam Abd Rahman, 40, meminta dihalalkan segalanya yang telah diberikan buat si kecil itu termasuk sumbangan yang pernah diberikan kepada Allahyarham Faleeq sepanjang menerima rawatan.

"Buat semua, Alam nak minta halalkan makan minum Faleeq, halalkan doa-doa buat Faleeq, halalkan ubat-ubatan Faleeq, halalkan perbuatan Faleeq, halalkan semua sumbangan  dan baki terkumpul buat Faleeq serta keluarga.

"Reda atas pemergiannya, Faleeq sudah penat. Sudah masa ALLAH panggil dia balik,” tulisnya.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, Alam berkongsi perkembangan Faleeq di laman sosial TikTok. Pada November 2025, Alam berkongsi keadaan Allahyarham yang disahkan mengalami serangan kuman pada otak hingga mengakibatkan gangguan sistem saraf.

Difahamkan, Allahyarham dimandikan di Hospital Kota Tinggi dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tenggara, Kota Tinggi, Johor.

Sumber: Instagram

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang