Keputusan SPM 2025 diumum 31 Mac, ini cara semak segera

Foto: Bernama
Foto: Bernama
A
A
A

PASTINTYA debaran makin dirasai bagi 413,299 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 apabila Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2025 akan diumumkan pada 31 Mac 2026 (Selasa). 

Berikut info yang dikongsikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

1-Calon sekolah boleh memperoleh keputusan peperiksaan SPM Tahun 2025 daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10:00 pagi pada tarikh tersebut. 

2-Calon persendirian boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan bagi memperoleh keputusan peperiksaan.

3-Pihak sekolah hendaklah memastikan pengurusan penyerahan keputusan peperiksaan SPM Tahun 2025 kepada calon dilaksanakan secara cekap dan teratur.

Foto: Bernama
Foto: Bernama

4-Calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan peperiksaan melalui  langkah-langkah berikut:

i. Secara dalam talian melalui pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM Tahun 2025 mulai pukul 10:00 pagi pada 31 Mac 2026 (Selasa) sehingga pukul 6:00 petang pada 6 April 2026 (Isnin); dan/atau

ii. Secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan SPM Tahun 2025 dengan menaip SPMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888. Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10:00 pagi pada 31 Mac 2026 (Selasa) sehingga pukul 6:00 petang pada 6 April 2026 (Isnin).

Artikel Berkaitan:

"Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua calon peperiksaan SPM Tahun 2025. Semoga kejayaan yang diraih menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan," kongsinya menerusi kenyataan.

Difahamkan, 413,299 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM 2025 3,350 buah pusat peperiksaan seluruh negara.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang