‘Bila hubungi ibu budak yang membuli, dia boleh buat tak tahu’ - Amin Idris dedah anak pernah jadi mangsa buli mental

Foto: Threads Amin Idris, Bernama
Foto: Threads Amin Idris, Bernama
A
A
A

ISU buli dalam kalangan pelajar di sekolah bukan perkara baharu. Perunding motivasi dan pengacara terkenal, Amin Idris berkongsi pengalaman anak perempuannya juga pernah menjadi mangsa.

Dalam satu hantaran di laman sosial Threads, bekas pengacara TV Al-Hijrah itu berkongsi tentang isu buli dan berpandangan pendidikan bukan hanya tanggungjawab pihak sekolah, sebaliknya bermula daripada keluarga dan rumah sendiri.

Lebih mengecewakan, terdapat ibu bapa yang mempertikaikan tindakan guru menegur kesalahan kecil seperti tidak menyiapkan kerja sekolah. Amin berkata, ibu bapa tidak seharusnya diketepikan dalam kes membabitkan kanak-kanak bawah umur.

“Pendidikan bermula di rumah. Banyak kes bila anak buat salah, ibu bapa dipanggil. Respons ibu bapa sama ada tak datang langsung atau defensif kepada anak yang buat salah.

“Guru tegur anak tak siap homework pun merentan dalam grup WhatsApp, siap ugut SISPAA!

“Ya, sekolah kena jadi tempat selamat. Ya, menteri pun ada peranan. Tapi ibu bapa?” katanya.

“Harapnya apabila kes bawah umur, budak mungkin terlepas tapi ibu bapa mesti dipertanggungjawabkan,” katanya.

Lebih menyentuh hati, Amin mendedahkan momen anaknya menjadi mangsa buli secara mental di sekolah rendah.

Artikel Berkaitan:

Foto: Bernama
Foto: Bernama

Ketika cuba menghubungi ibu kanak-kanak yang didakwa membuli itu, wanita berkenaan didakwa bersikap tidak peduli.

“Saya ada pengalaman anak dibuli mental semasa sekolah rendah.

“Bila hubungi ibu budak yang membuli, dia boleh buat tak tahu. Malah disidainya kita. Nasib baik ayah respons beberapa lama kemudian.

“The point is, memang wujud ibu bapa yang sama ada defensif ataupun denial bila anak-anak buat salah dan didapati membuli kawan-kawan,” katanya.

"Benarlah pesanan Tuhan: يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ قُوٓا۟ أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا

"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya adalah malaikat-malaikat yang kasar, keras (layanannya), tidak mendurhakai ALLAH terhadap apa yang diperintahkan-Nya dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." [Surah At-Tahrim, ayat 6]," kongsinya.

Warga maya turut bersetuju dengan pandangan Amin tentang peranan ibu bapa dalam pembentukan akhlak dan sahsiah anak. Ujar mereka:

"Antara alasan ibu bapa: "Anak saya kat rumah ok je, mesti ikut kawan-kawanlah ni." Dia salahkan kawan-kawan pula. Biasa yang back up anak lelaki ini si ibu."

"Segelintir budak-budak zaman sekarang ego mereka lain macam. Orang tua pun boleh dipukulnya. Adab dengan orang tua hilang."

"Generasi ibu bapa melahirkan tuan semakin jelas."

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang