Norreen Iman sah cerai talak satu
PELAKON dan pempengaruh Norreen Iman sah bercerai talak satu dengan bekas suami Mohd Razzi Abd Razak di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini.
Menerusi hantaran Melodi, Norreen dan Mohd Razzi tidak memberikan sebarang kenyataan selepas prosiding selesai.
Warga maya rata-rata meluahkan simpati dan mendoakan mereka berdua dapat meneruskan hubungan baik demi dua cahaya mata.

Norreen terdahulu hadir prosiding tuntutan pengesahan lafaz cerai di mahkamah yang sama pada 29 April lalu namun tidak memberikan sebarang komen.
Rumah tangga Norreen dan Razzi didakwa bergolak kerana tidak lagi berkongsi gambar dan kandungan bersama di laman.
Mereka mendirikan rumah tangga pada 2011 dan memiliki sepasang cahaya mata.
Sumber: Instagram Melodi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

