'Jangan main hentam, itu ayat ALLAH', Amin Idris tegur usahawan salah terjemah al-Quran, Rabbuka bermaksud Tuhanmu 

No Image Caption
A
A
A

PENGACARA Amin Idris menegur kelakuan seorang usahawan yang memberikan salah memberi terjemahan ayat al-Quran yang mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan pengguna media sosial.

Dalam sebuah video yang dimuat naik di media sosial, usahawan berkenaan berkongsi amalan membaca surah al-Fiil tersebut sebanyak tiga kali sebagai usaha memohon limpahan rezeki.

Bagaimanapun, apa yang menjadi perhatian warganet ialah penekanan kalimah 'rabbuka' dalam surah tersebut dan dan mendakwa perkataan ‘buka’ disifatkan sebagai simbolik membuka pintu rezeki.

No Image Caption

“Baca tiga kali ye, baca tiga kali. Insya-ALLAH masa ‘rabbuka’, ‘buka’, bukakanlah pintu langit untuk kita, angkat doa kita memohon pertolongan ALLAH, bantuan rezeki yang tidak dijangka, rezeki yang luar biasa, rezeki yang tidak luak, rezeki yang tidak habis dan rezeki yang barakah,” katanya dalam video tersebut.

Hantaran usahawan berkenaan kemudian mendapat perhatian daripada Amin yang  menjelaskan kalimah ‘rabbuka’ bukan membawa maksud ‘buka’ seperti yang diterangkan.

No Image Caption

Artikel penuh: 

“‘Rabbuka’ tu bukan maksud buka. Rabb itu adalah Tuhan, ‘ka’ pula ganti nama kepada kamu. ‘Rabbuka’ bermaksud Tuhan kamu.

Artikel Berkaitan:

“Sama juga bila kita di alam kubur nanti, bila kita ditanya ‘Man Rabbuka?’, ‘siapa Tuhan kamu’, bukannya siapa yang buka-buka,” kongsinya.

Dalam masa sama, Amin turut berkongsi doa amalan bagi memohon rezeki yang baik daripada ALLAH SWT.

“Doanya mudah je, kita minta kepada ALLAH SWT ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan kita diterima,” katanya.

Kongsinya lagi, orang ramai mesti berhati-hati ketika menghuraikan ayat al-Quran supaya tidak berlaku salah faham terhadap maksud sebenar ayat-ayat suci.

“Berhati-hati dalam kita menghuraikan, walaupun niat baik tetapi cara tidak betul, ia tidak baik juga,” terangnya lagi.

 

Tonton melalui video full :

Youtube : https://www.youtube.com/live/2JWVXmtlwco?si=E245SUTHt3UqzjZQ

Facebook : https://www.facebook.com/share/v/LqtE235W9uL7WeEp/?mibextid=wwXIfr

#BorakBibirMerah#BBMEpisod4#ErraFazira#AinEdruce#AminIdris#Fizzfairuz

#thenewyou #HiburanEksklusif #ProgramTVPopular #CeritaInspirasi #PasanganViral #ProgramBualBicara #TrendingMalaysia #ContentViral #SinarPlus #LifestyleSinarHarian">

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang