Bella Astillah mohon doa buat Syed Saddiq, keputusan rayuan kes ditangguh ke 13 Julai
PELAKON dan penyanyi Bella Astillah hadir ke Mahkamah Persekutuan Putrajaya memberikan sokong buat tunangnya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Ia bagi mengikuti keputusan rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Rahman itu atas empat kes bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA).
Hadir jam 7.55 pagi dengan memakai baju kurung berona kuning, Bella tersenyum manis dengan ditemani ahli keluarganya.

Disapa media mengenai harapan tentang perkembangan kes berkenaan, pelantun lagu Pano dan Tapi Bukan Denganmu itu menjawab ringkas.
"Doakan," katanya.
Keputusan rayuan pendakwaan bagaimanapun ditangguhkan selepas Hakim, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali cuti sakit selama dua hari.
Panel tiga hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais berkata, keputusan berkenaan ditangguhkan ke 13 Julai.

Keputusan yang dinanti-nantikan itu akan menentukan sama ada bekas Menteri Belia dan Sukan berusia 34 tahun tersebut kekal bebas atau kembali disabit dengan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta.
Prosiding itu merupakan medan rayuan terakhir bagi pendakwaan selaku perayu, sementara Syed Saddiq sebagai responden.
Sekadar info, Bella dan Syed Saddiq melangsungkan pertunangan pada 28 Mac 2026.
Sumber: Sinar Harian
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

