Nasi Lemak Pak Man, port makan baharu bawa vibes klasik, wajib cuba roti bakar pistachio yang tengah viral!

No Image Caption
A
A
A

Bagi para peminat tegar nasi lemak yang sentiasa memburu port makan baharu, baik hari biasa mahupun hujung minggu, bersiap sedialah untuk masukkan lokasi ini ke dalam senarai wajib terjah.

Terletak di tengah-tengah kesibukan Seksyen 13, Shah Alam, Nasi Lemak Pak Man kini menjadi bualan hangat kaki makan kerana ia bukan sekadar tempat mengenyangkan perut dengan hidangan ikonik rakyat Malaysia, tetapi sebuah ruang yang menawarkan 'tiket masa' kembali ke zaman silam.

No Image Caption

Sebaik melangkah masuk, memori lama pasti akan terus terpanggil apabila melihat reka bentuk konsep terbuka yang sangat santai, sambil halwa telinga dihiburkan dengan alunan lagu-lagu klasik yang mendamaikan jiwa.

Baru-baru ini, SinarPlus sempat singgah menjenguk sendiri apa yang menarik sangat di sini dan berpeluang bersembang dengan pengasas bersamanya, Encik Fais Zulkifli dan Puan Nina.

Paling kelakar, bila ditanya siapa sebenarnya individu bernama 'Pak Man' yang diangkat sebagai nama kedai ini, kedua-duanya hanya tersenyum misteri dan memilih untuk merahsiakan identiti tersebut sebagai satu keunikan jenama mereka.

No Image Caption

Kedai ini sebenarnya hasil idea sekumpulan rakan niaga termasuk selebriti Farrah Adeeba, yang mahu mengangkat hidangan ikonik Malaysia ke tahap yang lebih selesa untuk orang ramai melepak.

Walaupun masing-masing tiada latar belakang dalam dunia kulinari profesional, pengalaman luas mereka dalam dunia bisnes menjadi 'senjata rahsia' untuk memastikan kedai ini sentiasa mesra pelanggan.

“Ramai orang fikir kalau makanan sedap, restoran itu akan terus berjaya. Hakikatnya, membuka dan mengendalikan sebuah restoran bukan perkara mudah.

"Jika tersilap langkah, ia boleh menjadi satu kerugian besar walaupun hidangan yang ditawarkan berkualiti tinggi,” kongsi Fais tentang realiti dunia food and beverage (F&B).

Bagi Fais, rahsia utama untuk membuatkan orang ramai datang berkali-kali ke port makan mereka adalah konsistensi rasa dan kualiti bahan mentah yang tidak boleh dikompromi sama sekali.

No Image Caption

Food hunting

Bayangkan sahaja, susunan lauk-pauk di sini dihidangkan menggunakan periuk dan bekas tradisional, sekali gus menaikkan lagi selera makan.

Menu utamanya tentulah nasi lemak yang boleh dipadankan dengan pelbagai pilihan lauk pauk kampung yang 'padu' seperti rendang, sambal dan makanan laut.

“Kami sangat menjaga kualiti bahan. Contohnya untuk menu roti bakar, kami menggunakan mentega berkualiti tinggi.

"Walaupun harga bahan mentah meningkat, kami tidak sewenang-wenangnya menukar kepada alternatif yang lebih murah hanya untuk menjimatkan kos.

'Bagi kami, pelanggan datang kerana mereka mahukan rasa yang sama setiap kali,” tambahnya lagi.

No Image Caption

Selain daripada nasi lemak yang menjadi kegemaran ramai, pengunjung yang datang ke sini wajib juga mencuba menu sampingan mereka yang tengah hype iaitu roti bakar pistachio.

Memang layan habis bila digandingkan dengan kopi panas! Malah, pelbagai pilihan kuih-muih tradisional turut disediakan bagi mereka yang sekadar mahu santai-sandai menikmati minum petang.

Jadi, kalau masih tercari-cari lokasi strategik untuk food hunting hujung minggu ini, Nasi Lemak Pak Man pastinya tidak akan mengecewakan.

No Image Caption

Sambil santai layan suasana di Padang On Wheel, Damansara Utama, lepas ni bolehlah pekena Nasi Lemak Pak Man sekali, memang port makan baharu yang wajib anda singgah!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang