Suasana istana India warnai Deepavali 2026 di tiga pusat beli-belah, pelbagai aktiviti untuk seisi keluarga
SEMPENA Deepavali yang bakal menjelang, suasana perayaan bukan sahaja dapat dirasai menerusi cahaya pelita dan keindahan kolam berwarna-warni, malah turut dihidupkan melalui seni, budaya serta aktiviti yang mendekatkan keluarga dan rakan-rakan.
Mengambil semangat Festival Cahaya itu, Kumpulan Suria KLCC membawakan pengalaman perayaan dengan sentuhan budaya India di tiga destinasi beli-belahnya, iaitu Suria KLCC, Alamanda Shopping Centre dan Mesra Mall.
Bermula 23 Oktober 2026, setiap lokasi menampilkan tarikan tersendiri, daripada dekorasi yang diinspirasikan oleh istana diraja India hingga aktiviti interaktif untuk pengunjung pelbagai peringkat usia.
Di Suria KLCC, Centre Court bertukar wajah menjadi persada istana India yang mempesonakan dari 23 Oktober hingga 11 November 2026.

Seni bina tradisional
Reka bentuk yang diinspirasikan daripada seni bina tradisional India itu menampilkan sepasang burung merak setinggi 10 kaki di pintu gerbang utama, selain skrin LED dan elemen air yang melengkapkan suasana.
Di bahagian tengah, sebuah pavilion dihiasi motif seni bina tradisional, ukiran kekisi keemasan dan fabrik sutera berwarna-warni. Gabungan elemen berkenaan mewujudkan latar menarik untuk pengunjung merakam foto bersama keluarga dan insan tersayang.
Bagi mereka yang mahu menikmati pengalaman lebih daripada sekadar bergambar, beberapa aktiviti turut dianjurkan sepanjang tempoh sambutan.
Persembahan tarian tradisional pada 1, 7 dan 8 November 2026 bakal menghidupkan suasana menerusi gerak tari dan irama yang mencerminkan keunikan budaya India.
Pengunjung juga boleh menyertai Bengkel Menghias Tart Kolam oleh Flaaah pada 31 Oktober serta 1, 8 dan 9 November 2026. Aktiviti itu memberi peluang kepada peserta menghias Tart Kastard Masala Chai edisi terhad dengan corak berwarna-warni yang diinspirasikan daripada kolam, seni hiasan lantai tradisional India.
Peserta turut berpeluang menikmati diskaun eksklusif 20 peratus bagi pembelian sekotak penuh tart di cawangan Flaaah.
Satu lagi aktiviti yang menggabungkan kreativiti dan wangian ialah Bengkel Gubahan Bunga Kertas Pleines Natures oleh Yves Rocher pada 31 Oktober serta 1, 7 dan 8 November 2026.
Menerusi bengkel itu, pengunjung boleh menghasilkan gubahan bunga daripada kad kertas sebelum melengkapkan hasil tangan mereka dengan semburan wangian daripada koleksi Pleines Natures.
Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Francis Tan, berkata sambutan tersebut turut mengambil inspirasi daripada tradisi rumah terbuka yang sinonim dengan masyarakat Malaysia.
Menurut beliau, suasana yang mesra dan mengalu-alukan menjadi antara elemen utama yang ingin diketengahkan menerusi dekorasi serta aktiviti di pusat beli-belah berkenaan.
Selain menikmati persembahan dan menyertai bengkel, pengunjung juga boleh meluangkan masa menjamu selera di restoran dan kafe sebelum meneruskan kunjungan bersama keluarga.
Sementara itu, Alamanda Shopping Centre di Putrajaya turut menyemarakkan suasana Festival Cahaya dari 23 Oktober hingga 9 November 2026.
Hiasan kolam berwarna-warni, cahaya lampu tradisional dan gerbang perayaan menjadi antara tarikan yang menghidupkan suasana sepanjang kempen berlangsung.

Menebus 3-baucar
Dalam masa sama, pengunjung berpeluang menyokong usaha kesedaran kesihatan mental menerusi pembelian Green Ribbon Pin pada harga RM10. Hasil jualan pin berkenaan disalurkan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dalam bidang kesihatan mental.
Bagi pengunjung di Pantai Timur pula, Mesra Mall di Kemasik, Terengganu akan meraikan Deepavali dari 1 hingga 10 November 2026.
Kawasan kaunter Concierge dihiasi dengan elemen berinspirasikan istana India, termasuk motif tradisional, susunan bunga dan pencahayaan hangat yang mewujudkan suasana perayaan.
Pengunjung juga boleh menikmati ganjaran menerusi Program Ganjaran Pelanggan Mesra Mall. Seramai 100 pelanggan terawal yang berbelanja RM350 dan ke atas menggunakan dua resit layak menebus baucar membeli-belah bernilai RM30.
Selain itu, pelanggan yang berbelanja RM1,000 dan ke atas menggunakan dua resit boleh menebus e-baucar membeli-belah Suria KLCC bernilai RM50, tertakluk kepada 300 penebusan terawal.
Bagi pembelian e-baucar Suria KLCC bernilai RM1,000 pula, tambahan e-baucar bernilai RM100 ditawarkan kepada 20 pelanggan terawal.

Dengan gabungan seni, budaya, aktiviti keluarga dan peluang menyumbang kepada masyarakat, sambutan di ketiga-tiga lokasi ini memberikan ruang untuk pengunjung menghayati kepelbagaian tradisi yang menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia.
Lebih daripada sekadar menikmati dekorasi perayaan, kunjungan ini turut menjadi peluang untuk meluangkan masa bersama insan tersayang sambil mengenali keunikan Deepavali.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

