Kantoi lupa pernah hadiahkan tali leher, momen lucu Bella Astillah & Syed Saddiq dalam BASScast curi perhatian - 'Saya hargai sangat...'
KEMUNCULAN pelakon cantik, Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam program audio siar BASScast malam tadi benar-benar mencuri perhatian ramai.
Mana tidaknya, di sebalik perkongsian serius, terselit satu insiden melucukan apabila Bella mendedahkan satu rahsia yang selama ini disimpan kemas tanpa disedarinya sendiri.
Sambil tersenyum, Bella membuka cerita tentang tabiat Syed Saddiq yang sering mengenakan tali leher pemberiannya setiap kali hadir ke mahkamah.
"Setiap kali YB pergi mahkamah, kalau korang perasan cantik tak tali leher dia?
"Sebenarnya saya baru perasan tahu. Kalau korang nak tahu, saya hargai sangat-sangat dan saya pun tak cakap dengan you lagi.
"Sebab rupanya, setiap kali pergi mahkamah, you pakai tai yang saya hadiahkan kan? Saya baru tahu tahu," kongsi Bella bersungguh-sungguh mendedahkan perkara itu di depan hos dan penonton.

Pendedahan spontan itu nyata membuatkan Syed Saddiq terkejut lalu terus memotong dengan nada mengusik, bertanya kembali sama ada Bella benar-benar baru menyedari perkara tersebut.
Sambil tertawa kecil dengan reaksi spontan itu, Bella dengan jujur mengakui bahawa dia sebenarnya terlupa tentang pemberiannya sendiri sehinggalah dia melihat semula rakaman-rakaman lama.
Anak kelahiran Sabah itu kemudiannya berseloroh mendedahkan yang dia baru tersedar selepas melihat kembali video-video terdahulu dan mula mengecam satu persatu tali leher yang pernah dibelinya di beberapa lokasi berbeza termasuk di Brunei dan Sarawak untuk diberikan kepada bekas Menteri Belia dan Sukan itu.
Hadiah tunang
Mendengarkan pengakuan jujur Bella yang terlupa tentang hadiah tersebut, Syed Saddiq tidak melepaskan peluang untuk terus mengusik sahabatnya itu di hadapan kamera. "Nampak tak? Hadiah yang you berikan, you lupa?
" Nak saya buka aib lagi satu tak? Saya ingatkan kalau you bagi hadiah dekat Neil banyak, saya lupalah. Saya ingat saya macam Neil samalah," seloroh Syed Saddiq dalam nada bergurau yang disambut dengan tawa daripada Bella.

Mahu mengelakkan usikan Syed Saddiq daripada berpanjangan, Bella segera memotong usikan tersebut dengan nada cemas yang mencuit hati.
Syed Saddiq sempat mengusik lagi dengan mengatakan perkara itu melibatkan 'hadiah tunang' yang disifatkannya sebagai satu 'aib besar' jika didedahkan.
Enggan membiarkan rahsia peribadinya terus dibongkar secara langsung, Bella dengan pantas memotong bicara Syed Saddiq dan mengajak penonton untuk terus menantikan sambungan kisah mereka pada episod akan datang sahaja.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
