Fazura, Fattah hadir hari kebudayaan sekolah buat Fatima teruja - 'Saya buatkan mommy daddy bangga dengan persembahan...'

No Image Caption
A
A
A

SELEBRITI dan usahawan Nur Fazura serta bekas suaminya, pelakon Fattah Amin meluangkan masa untuk hadir ke hari kebudayaan anak mereka, Nur Fatima Aisya.

Menerusi hantaran di Instagram @nurfatimaisya, si cilik berusia enam tahun itu berkongsi rasa teruja menyediakan dua jenis sajian kepada ibu bapanya.

"Melalui momen yang paling tidak dapat dilupakan pada Hari Kebudayaan tahun ini bersama kedua-dua mommy dan daddy.

No Image Caption

"Saya buatkan ibu bapa begitu bangga dengan persembahan saya, malah saya sempat menyediakan sandwic untuk mommy dan yogurt buah-buahan untuk daddy," titipnya.

No Image Caption

Dalam sambutan yang sama, si kecil itu sempat mempamerkan hasil kerja serta menyatakan keterujaan untuk meneruskan pembelajaran ke peringkat sekolah rendah.

No Image Caption

"Ibu bapa saya juga berpeluang melihat hasil kraf tangan saya di sekolah hari ini dan saya sangat teruja untuk belajar lebih banyak lagi sebagai persediaan melangkah ke Tahun Satu tahun hadapan.

Artikel Berkaitan:

"Alhamdulillah, terima kasih Ya ALLAH," kongsinya.

Untuk rekod, Fazura dan Fattah berpisah pada 7 Oktober 2024 selepas tujuh tahun berkahwin.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang