'Normal atau ceasar, dua-dua pengorbanan seorang isteri dan emak bertarung nyawa.' Fattah Amin kongsi proses bersalin Amira Othman

No Image Caption
A
A
A

"NORMAL atau caesar, pengorbanan seorang ibu dan emak melahirkan anak."

Demikian kongsi pelakon popular, Fattah Amin yang selamat menyambut kelahiran cahaya mata keduanya pada 24 Jun lalu.

Menerusi satu sesi siaran langsung di aplikasi TikTok baru-baru ini, pelakon filem Mat Kilau itu sempat berkongsi detik-detik penuh bermakna isteri, Amira Othman bersalin yang disifatkannya sebagai satu perjuangan bertaruh nyawa.

No Image Caption

Dalam pada itu, Fattah juga mengakui turut berada di bilik bersalin semasa proses kelahiran.

"Saya menyaksikannya dan sebab itulah anak syurganya di bawah tapak kaki ibu dan ibu kita itu bertarung nyawa.

"Ada orang rezeki proses kelahirannya smooth dan mudah, ada yang susah. Perjalanan dan pengalaman berbeza-beza.

No Image Caption

"Jadi, hargailah emak anda semua, ini peringatan untuk diri saya juga. Kalau suami-suami, kena hargai pengorbanan isteri kerana kelahiran anak bukannya satu kerja mudah," kongsi Fattah.

Artikel Berkaitan:

Bagi aktor berusia 36 tahun itu, apa juga cara kelahiran, pengorbanan isteri dan ibu tetap perlu dihargai.

"Tak kisahlah yang tanya tu normal, caesar ke, normal ke, yang penting Alhamdulillah semuanya sudah selamat.

"Tiada perbezaan pun bagi saya. Normal ke caesar, dua-duanya adalah pengorbanan seorang isteri, pengorbanan seorang emak melahirkan anak," katanya.

Dalam pada itu, Fattah juga berkongsi keadaan dilalui mereka semasa proses kelahiran tidak seperti yang digambarkan dalam muzik video (MV) Bincang Raya atau mana-mana drama.

Tanda-tanda awal bersalin berlaku sejak awal pagi selepas menunaikan solat Subuh. Kira-kira jam 8 pagi mereka bergerak ke hospital.

"Tidak sama macam dalam MV yang kita buat cerita masa Mira rasa hendak bersalin. 'Argh, sakit! Nak pergi hospital!' Tak adalah.

No Image Caption

"Keadaan itu tidak seperti macam dalam drama atau MV. Alhamdulillah," ujarnya.

Fattah menimang anak lelaki yang dinamakan Muhammad Jarir Umar pada 6.20 petang.

Sekadar info, pasangan selebriti itu mendirikan rumah tangga pada 14 September 2025 di Sepang, Selangor.

Fattah terdahulu memiliki seorang cahaya mata perempuan bernama Nur Fatima Aisya hasil perkahwinan pertamanya.

Sumber: TikTok

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang