'Sebak tengok anak melangkah tanpa ayahnya' - Hadie anak sulung Suhaimi Saad konvokesyen, Ina Naim luah rasa sayu

No Image Caption
A
A
A

PENYANYI Ina Naim meluahkan rasa syukur apabila anak sulungnya, peserta Talk To My Manager, Hadie Elfardie menamatkan pengajian dalam bidang Travel and Tours.

Berita gembira itu dikongsi menerusi Instagram peminat Hadie yang memaparkan foto Hadie dan Ina menghadiri majlis konvokesyen pada Selasa.

Ina atau nama penuhnya Nordiana Naim yang dihubungi SinarPlus menyatakan kesyukurannya atas pencapaian Hadie.

"Perasaan saya, Alhamdulillah, syukur. ALLAH Maha Baik.

"Saya tak terfikir akan sampai ke tahap ini tapi ALLAH berkehendak begitu. Syukur.

"Saya gembira bercampur sebak apabila tengok anak melangkah tanpa ayahnya di sisi," kongsinya.

No Image Caption

Mengulas mengenai perancangan masa depan Hadie, ibu kepada empat cahaya mata itu mendedahkan buat masa ini Hadie akan menyelesaikan pelancaran single terbaharunya dan melunaskan komitmen kontrak yang sedang berjalan.

Bagaimanapun, Ina menambah bahawa kontrak berkenaan tidak menjejaskan perancangan Hadie sekiranya anaknya berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi kelak. Perincian lanjut mengenai kontrak tersebut akan dimaklumkan kemudian.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Ina juga berkongsi anak keduanya, Sallman Elkhoyri juga sedang melanjutkan pengajian di Giat Mara, Kota Tinggi.

Sekadar info, Hadie merupakan anak sulung hasil perkahwinan Ina dengan Suhaimi telah kembali ke rahmatullah akibat jangkitan kuman di paru-paru pada November 2023.

Selain Hadie, Ina dan Suhaimi dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.

Ina kemudian berkahwin kali kedua dengan Mohd Khairul Rizal Mohd Shukor pada 8 November 2024.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang