Watie ziarah pusara Siti Sarah buat warganet tersentuh, tanda kasih tak pernah padam. 'Arwah baik orangnya, Watie juga baik'
MASA berlalu dengan pantas, lima tahun pemergian penyanyi tercinta, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, suaminya Shuib, berkongsi detik menyentuh hati momen dia dan isterinya, Watie Hanifiah, menziarahi pusara Allahyarham.
Menerusi ruangan kapsyen, Shuib meluahkan rasa syukur apabila ikatan kasih sayang dan penghormatan terhadap arwah isterinya itu kekal utuh dan tidak pernah berubah walaupun tahun berganti tahun.
Lebih manis lagi, kunjungan ke pusara kali ini membawa makna yang agak berbeza dan lebih bermakna. Shuib berkongsi bahawa bilangan ahli keluarga mereka kini bertambah dengan kehadiran cahaya matanya, Akira.

"Lima tahun, rasanya masih utuh dan sama.
"Tahun ni tambah lagi ahli keluarga kita. Akira namanya. Terima kasih mummy @iamwatie. Semoga terus bermain di taman syurga Siti Sarah Raissuddin. Al Fatihah," ungkap Shuib.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian dan respon positif daripada para pengikut serta peminat yang rata-ratanya tersentuh dengan keakraban serta sifat keterbukaan Watie.
"Arwah baik orangnya, Wati juga baik."
"Tiada apa yang dapat akak ungkapkan, Watie bidadari syurga."
"Tahniah Shuib semoga kekal bahagia selamanya dunia dan akhirat. Al-Fatihah untuk Sarah."
"Watie ialah seorang ibu tiri yang baik, itu sahaja yang dapat saya katakan... begitu juga Madammu. Kedua-duanya ibu tiri yang baik."
"Luar biasa hati Watie, al-Fatihah untuk arwah ibu @sitisarahraissuddin."
"Arwah orang baik, hatinya suci dan tidak pernah ada apa-apa isu. Watie pula hatinya sangat baik, terlalu baik. Dia mengambil amanah arwah untuk menjaga suami dan anak-anaknya dengan penuh kasih sayang. Love Watie dan al-Fatihah untuk arwah Siti Sarah."

Imbas kembali, Sarah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HCTM selepas tahap oksigen menurun setelah dijangkiti virus Covid-19 pada 27 Julai 2021.
Sarah kemudiannya ditidurkan sebelum pembedahan dijalankan bagi mengeluarkan Ayash dari dalam kandungan.
Sejak itu, keadaan Sarah mula merosot dan baik seketika sebelum doktor memaklumkan paras oksigen dalam badan penyanyi itu berkurangan kepada 40 peratus pada malam Ahad 8 Ogos 2021.
Setelah 65 jam bertarung nyawa, Sarah yang ketika itu berusia 37 tahun menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi Isnin, 9 Ogos 2021.
Shuib kemudian mendirikan rumah tangga dengan Watie pada 23 Jun 2023 dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Akira Juwita Zahra yang kini berusia dua bulan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
