Anak Shuib & arwah Siti Sarah johan golf peringkat negeri, wakil Selangor ke MSSM. 'Arwah ibu pasti bangga'

No Image Caption
A
A
A

ANAK sulung kepada pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu serta Allahyarham Siti Sarah Raisuddin sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas berjaya menjuarai kejohanan golf peringkat negeri baru-baru ini.

Menerusi perkongsian dimuat naik Shuib di media sosial, anaknya, Uwais Alqarni, berjaya meraih tempat pertama kategori bawah 15 tahun sekali gus terpilih mewakili Selangor ke Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM).

"Alhamdulillah tahun ni johan! Wakil Selangor lagi.

"Tahniah Uwais! 73-74, tempat pertama #msss #golf," kongsinya.

Difahamkan, kejohanan peringkat kebangsaan akan berlangsung pada Jun ini.

No Image Caption

Kejayaan tersebut turut mendapat perhatian warganet yang rata-rata tumpang bangga melihat pencapaian Uwais dalam sukan golf pada usia muda. Ujar mereka;

"Alhamdulillah. Well Done Uwais. Arwah ibu pasti bangga."

"Tahniah Uwais, road to MSSM."

Artikel Berkaitan:

"Mantap Uwais, see you in Sabah."

No Image Caption

Sekadar info, kecenderungan Uwais dalam sukan golf mula dikesan sejak kecil dan mula mengikuti jejak langkah Shuib dan datuknya, pelakon Raisuddin Hamzah ke padang golf.

Untuk rekod, Shuib dan Allahyarham Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada 2011 sebelum penyanyi itu meninggal dunia pada Ogos 2021 akibat Covid-19. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata.

Shuib kemudian berkahwin dengan usahawan Watie Hanifiah dan dikurniakan anak perempuan, Akira Juwita Zahra yang berusia sebulan.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang