Eman Manan dikurnia gelaran Datuk, terima Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Terengganu

Eman Manan menjadi antara 27 orang penerima Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Terengganu di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu hari ini. (Foto: Bernama, Butik Khat Terengganu)
Eman Manan menjadi antara 27 orang penerima Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Terengganu di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu hari ini. (Foto: Bernama, Butik Khat Terengganu)
A
A
A

PELAKON veteran Eman Manan, menerima kurniaan Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Terengganu yang membawa gelaran Datuk.

Berita berkenaan dikongsikan laman sosial Butik Khat Terengganu yang mengucapkan tahniah buat aktor yang berasal dari Kuala Terengganu itu.

"Setinggi-tinggi tahniah buat seniman tersohor tanah air, Datuk Eman Manan atas pengurniaan Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Terengganu (DPMT) sempena Ulang Tahun Ke-64 Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu.

"Dari pentas dan layar, beliau telah meninggalkan warna tersendiri dalam dunia seni lakonan tanah air. Versatil, berkarakter dan sentiasa hadir dengan gaya serta jiwa lakonan yang sukar ditiru.

"Pengurniaan ini bukan sekadar sebuah gelaran, tetapi menjadi penghargaan atas perjalanan panjang seorang anak seni yang telah mencurahkan bakat, tenaga dan dedikasi dalam mewarnai dunia seni tanah air.

No Image Caption

"Tahniah. Semoga terus berkarya, terus menginspirasi dan terus menjadi antara nama besar yang akan dikenang dalam lembaran seni tanah air.

"Sebuah penghormatan yang cukup bermakna buat seorang seniman yang punya kelas dan identiti tersendiri," kongsinya.

Eman atau nama penuhnya Abdul Manan Embong, 68, bukan calang-calang dalam dunia seni lakon tanah air.

Artikel Berkaitan:

Pelakon yang terlatih dalam seni persilatan ini telah tiga kali dinobatkan Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia pada tahun 1984, 1992 dan 2004.

Kerjaya lakonannya bermula pada usia 26 tahun pada 1984 menerusi filem Matinya Seorang Patriot

Antara filem lakonanya  yang lain adalah Tsu Feh Sofiah, Bintang Malam, Buai Laju-Laju, Lenjan dan Femina.

Sumber: Facebook

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang